Pages

Friday, September 14, 2012

Sang 'Abid Penghuni Neraka

Bismillahirrahmanirrahim....

Kisah sang 'Abid ini diceritakan oleh Ustaz Muhammad sewaktu mempelajari tafsir Surah an Nur di Mansourah..kebarangkalian masih ramai yang belum pernah mengetahui kisah sang 'Abid ini.. kerana selalunya kisah sang 'Abid yang ingin menebang pohon yang disembah manusia itu yang sering dikhabarkan. 

Ini kisah mengenai sang 'Abid juga...menariknya, melalui kisah ini..akan terlihat kehalusan langkah-langkah syaitan dalam membisikkan hasutan ke dada-dada manusia untuk menyesatkan keturunan Adam a.s.

Semoga mendapat 'ibrah daripada kisah yang dikongsikan.....! ^_^

**********
Sewaktu zaman sahabat, wujudnya seorang 'Abid yang sangat tekun beribadah pada Sang Khaliq...'Abid ini hidup berseorangan..dan kehidupannya saban hari hanya beribadah, beribadah, beribadah, dan beribadah...

'Abid ini sangat masyhur dengan akhlak dan peribadi mulianya. Ditakdirkan Allah, berlaku peristiwa yang telah mengubah peribadinya sebagai 'Abid.

Telah datang kepada sang 'Abid, empat pemuda yang akan berangkat ke medan jihad...maka, diminta kepada sang 'Abid untuk menjaga adik perempuan mereka yang turut datang bersama..

Si 'Abid pantas menolak hajat empat pemuda. Berkata sang 'Abid ; "Aku ini 'abid, tinggal bersendirian di rumahku..apakah mungkin seorang wanita tinggal bersamaku? Ohh, sungguh....sesekali tidak....maafkan aku. Aku tidak boleh membantumu wahai saudaraku."

Keempat-empat pemuda tetap tidak berputus asa..mereka mohon, mohon, dan terus memohon ; "Bantulah kami wahai 'Abid. Sesungguhnya kami tahu, engkau terkenal dengan pekerti baikmu..kami ini percayakan engkau."

Melihat 'Abid kesungguhan empat pemuda ; "Huhh, baiklah..akan ku jaga adikmu sehingga kalian pulang dari medan perang."

Mendengar persetujuan daripada sang 'Abid, keempat-empat pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan lantas berangkat ke medan perang dengan perasaan lega.

Walaupun 'Abid tinggal bersama seorang wanita, bukanlah bererti mereka tinggal sebumbung. 'Abid menjaga si adik perempuan kepada empat pemuda tersebut dari jarak jauh. Terdapat sebuah bilik di taman kawasan rumah si 'Abid..ya, di situlah wanita itu ditempatkan..diberi makan dan minum..juga kelengkapan.

Setiap hari, 'Abid mengetuk pintu bilik wanita tersebut dan meletakkan makanan di hadapan pintu tanpa mengucapkan sepatah kata. Begitulah caranya untuk menjaga dirinya sebagai seorang 'Abid.

[kredit]

Waktu berlalu....sang 'Abid seperti biasa, kerjanya hanya beribadah setiap masa.

Benar, 'Abid itu juga manusia yang diciptakan punya kekurangan. 'Abid itu juga makhluk yang mudah terpedaya dengan rancangan jahat si Pak Cik Syaitan.

Pak Cik - Pak Cik Syaitan telah mencapai kata sepakat untuk menghasut sang 'Abid...langkah demi langkah telah diambil untuk menyesatkan hamba Allah itu .

"Wahai 'Abid! mana mungkin engkau membiarkan wanita itu bersendirian? Engkau tidak pernah bertanya khabarnya..siapa tahu dia sedang merana kesakitan?"

Pak Cik Syaitan mula mengeluarkan helah.

'Abid menuju ke bilik wanita itu. Diketuk pintu bilik. Diletakkan makanan. 'Abid mula bertanya keadaan wanita tersebut. Hmm, ada jawapan dari dalam. 'Abid berlalu kembali ke rumahnya.

Yahooo! Misi pertama...berjaya! - Pak Cik Syaitan -

Langkah kedua untuk menyesatkan 'Abid diambil lagi.

"Wahai 'Abid! tergamak engkau membiarkan wanita itu makan berseorangan? Dia pasti sedih tiada teman bersamanya. Tahukah engkau hati seorang wanita?"

Lantas, 'Abid menuju ke bilik wanita itu. Diketuk pintu bilik. Dibawa makanan masuk ke dalam. Bertanya sang 'Abid khabar wanita itu lalu mereka makan bersama. Tanpa disedari, hubungan mereka bertambah 'mesra'.

Hoyeaaah! Misi kedua beressss! - Pak Cik Syaitan -

Hari berganti, begitulah keadaan berterusan...helah Pak Cik Syaitan sentiasa berhasil menggoda sang 'Abid..dan sang 'Abid terus-menerus mengikuti telunjuk si Pak Cik Syaitan.

Sehinggalah suatu hari, sang 'Abid telah melakukan zina dengan wanita tersebut...setelah beberapa lama, 'Abid mendapat tahu wanita itu hamil. 'Abid mula hilang arah ; "Bagaimana sekiranya abang-abangnya bertanya? Bagaimana seandainya semua orang tahu bahawa aku 'Abid telah berzina? Apa nasibku selepas ini?"

Pak Cik Syaitan mula memberi akal lalu berbisik kepada 'Abid ; "Wahai 'Abid! bunuh sahaja wanita itu! Tidak akan ada yang tahu mengenai hubungan engkau dan dia. Jika abang-abangnya bertanya, katakan sahaja dia bosan tinggal bersendirian dan melarikan diri. Engkau tidak tahu apa-apa mengenainya. Mudah bukan?"

Sang 'Abid mula bertindak mengikut 'saranan' Pak Cik Syaitan. Dibunuhnya wanita tersebut setelah hamil. Begitu juga dengan bayinya. Lalu ditanam kedua tubuh kaku itu ke dalam tanah di kawasan tamannya.

Setelah sekian lama jangka masa 'Abid menjaga si wanita, pulanglah keempat-empat pemuda dari medan perang. Mereka bergegas ke rumah sang 'Abid untuk membawa pulang adik tercinta. Namun, harapan mereka berkecai saat diberitahu berita palsu mengenai kehilangan adik mereka daripada sang 'Abid.

Rancangan si Pak Cik Syaitan tidak ternoktah di situ. Dengan izin Allah, Pak Cik Syaitan mendatangi mimpi empat pemuda dan menunjukkan kejadian sebenar yang telah berlaku kepada adik mereka. Itu adalah helah Pak Cik Syaitan untuk membuatkan manusia saling bermusuhan.

Dengan marah yang membuak, mereka ke rumah 'Abid lalu menggali kembali tanah di mana mayat adik tercinta dikebumikan seperti yang terlihat dalam mimpi mereka. Terlihatlah dua jasad tak bernyawa. Sedihnya pemuda-pemuda itu tak terkata. T_T T_T T_T T_T

[kredit]

Segalanya telah terbongkar angkara helah Pak Cik Syaitan yang hebat. Sang 'Abid bakal menjalani hukuman mati kerana membunuh.

'Abid masih tidak bertaubat. Dia ingin melarikan diri daripada masalah itu. Datanglah Pak Cik Syaitan yang kononnya mahu memberi pertolongan.

"Wahai 'Abid! Engkau ingin bebas daripada masalah ini bukan? Hanya satu cara yang boleh membebaskan engkau daripada segala masalah ini. Sujudlah engkau kepadaku, dan aku akan membebaskan engkau daripada semua kesulitan yang sedang engkau hadapi."

Sang 'Abid tidak memikirkan hal selain bebas dari semua masalah yang dihadapinya. 

Maka, bersujudlah sang 'Abid kepada Syaitonirrojim. Tipu daya Pak Cik Syaitan berjaya dengan sempurnanya sehingga nafas terakhir sang 'Abid derhaka dihembuskan. 'Abid dijatuhkan hukuman mati. Dan matilah sang 'Abid dalam keadaan kafir yang pada mulanya taat pada perintah Allah ~

"Sesungguhnya aku ini takutkan Allah Sang Pencipta Sekalian Alam." [Inni akhaafullaha Rabbal 'Alamin]
- Pak Cik Syaitan -

" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya dia [syaitan] menyuruh mengerjakan perkara keji dan mungkar. Jika bukan kerana kurnia dan rahmat Allah kepadamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu bersih [daripada perbuatan keji dan mungkar itu] selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. "

[ Surah an Nur : ayat 21 ]

**********

*Jangan menyangka yang bertudung labuh, berserban, berjubah itu suci murni hatinya daripada dosa...mereka juga manusia yang punya khilaf yang kita tak ketahui...silap besar juga seandainya kita beranggapan yang tak bertudung, tak menutup aurat itu tempatnya di neraka....sedangkan kita sendiri tak tahu bilakah saat bumi ini akan musnah serta seluruh isinya..ya, kedatangan qiamat itu..tahukah..?

Heaven or Hell..?? We choose. [kredit]

Adakah kita ini penghukum? Pantaskah kita ini menentukan tempat abadi manusia sedangkan kita......kita ini juga makhluk bergelar manusia...? Itu..sedikit tidak logik.

Hanya Allah, Sang Pencipta yang mengetahui hati hamba-hambaNya itu al Hakim...mungkin, ada manusia yang terlihat baik pada pandangan kita, namun sebaliknya bagi Allah..mungkin juga ada manusia yang terlihat buruk pada pandangan kita, namun baik pada pandangan Allah..kita ini bukan siapa-siapa...tetapi kita adalah HAMBA...

" Allah, tetapkanlah hati-hati ini di jalanMu. "

*Berwaspadalah wahai hamba Allah! Kita ini sentiasa menjadi 'target' si Pak Cik Syaitonirrojim!*

 'Abid = ahli ibadah.

Wallahua'lam...
May Allah bless :)

Friday, August 10, 2012

Adush! Susahnya Berhusnuzhon!

Bismillahirrahmanirrahim....


Huhh, husnuzhon? Apakah.......?? (",)

Yupp, husnuzhon ertinya bersangka baik.

Sungguh, bagi saya itu amatlah susah untuk dilakukan! Hatta sesama ukhty yang berada di atas jalan yang sama...benar, begitu hebatnya 'power' si pak cik Syaitanirojim dalam melaksanakan tugas mereka!

Apalagi apabila berada di bumi Mesir yang terrrrrsangatlah padat dengan manusia...ya, mana taknya, harus berdepan dengan mereka yang bermacam ragam setiap hari...terkadang membuatkan diri ini 'suka' untuk membandingkan mereka dengan orang Malaysia...huhh,, tak patut betul! Pak Arab..Pak Arablah..mana nak sama dengan Pak Abu!

... Bersyukurlah ...

Bila duduk kat Mesir nihh..hahhh..baru sedar nak bersyukur dengan nikmat masa kat Malaysia...kalau tak, memang tak reti-reti kan? Astaghfirullahal'azim..itulah manusia selalu lupa nikmat yang tak henti dikurniakan Sang Khaliq sejak diwujudkan atas bumiNya ini...Allah, Allah T_T

Berbalik pada husnuzhon, berapa ramai yang boleh bersangka baik? Ya, maksud saya..bersangka baik pada yang paaaaaling dekat dengan kita...siapa lagi kalau bukan Allah Maha Hebat! Sungguh, husnuzhon dengan Allah itu paling penting! Mengapa? Sesungguhnya, Allah itu pada sangkaan hambaNya..tahu?

Contoh yang paling best..time kita ditimpa musibah, terkadang kita tak sedar...apa yang kita ungkapkan ataupun terlintas dalam hati tu tak sepatutnya diungkapkan dan terlintas!

"Allah, kenapa mesti aku yang terima ujianMu ini? Kenapa tak si Bedah? kenapa? kenapa? kenapa......??!!!"

"Allah, kenapa aku tak genius macam si Mamat tuhh? kenapa mesti aku yang dapat 0 markah? kenapa aku ni lembab, setiap kali pekse, confirm nama aku yang naik dapat tempat terakher dalam kelas..kenapa Allah?"

"Allah, dah banyak kali dah aku doa nak jadi kaya, tapi, sampai sekarang..tak kaya pun...aku pun nak hidup senang jugak...rumah besar, kereta mewah..tak boleh ke? Apa dosa aku sampai Kau hukum aku hidup susah?"

Astaghfirullahal'azim ..

Say, alhamdulillah :)

Kita ini, suka untuk mempersoalkan takdir Allah.....bila ditimpa musibah, terasa bagai ada kayu balak yang bergolek datang menghempap..tapi, pernah tak kita reflect balik diri kita, persoalkan balik pada diri kita...selama kita hidup, adakah kita sempurna dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba padaNya? Apa yang Allah perintah, huhh..pasti berat sungguh nak buat! betul?

Tapi, bila apa yang kita nak....kemain kita mempersoalkan doa kita tak dijawab Allah...Ya, mungkin belum tiba masanya untuk Allah menerima doa kita itu...kemungkinan juga, seandainya permintaan kita itu ditunaikan, itu akan menyebabkan kita jauh daripada Sang Pencipta sendiri..ingat, Allah itu tahu apa yang terbaik untuk kita! He knows best!



Sebab tulah, pentingnya berhusnuzhon dengan Allah itu! Bila baik tanggapan kita pada Allah, dijamin! kita takkan serabut dan pusing-pusing kepala dengan apa yang dah ditentukan Allah...Ya, kita seharusnya meletakkan Allah itu di tempat yang teratas dalam hati! Sebab bila kita ingat Allah, setiap apa yang kita lakukan adalah untuk Allah, maka, tak ada apa yang perlu dikhuatirkan..EnshaAllah, tenanglah hati kita :)

Hahh, bagaimana pula husnuzhon sesama manusia? Waahh, itu susah banget lohh!!!

Hoho...bagi orang yang sentiasa berendah diri..husnuzhon itu tak susah! Sebab, dia merasakan orang lain itu adalah lebih baik daripadanya...Tulah! Jangan suka sangat nak meninggi hidung! Semua orang punya kelemahan dan kelebihan tersendiri! Itulah namanya manusia...ehhe...

Contohnya, suatu hari..kita ternampak sorang pak cik tua yang berpakaian lusuh dan kakinya tempang...terlintas dalam hati "eeee, pak cik ni dahlah comot, tempang pulak..memanglahh..''

Aish, tak ke kita terfikir? Mungkin, taqwa dia lebih tinggi daripada kita...kedudukannya lebih mulia di sisi Allah daripada kita...amalnya lebih ikhlas daripada kita...pahalanya lebih berganda daripada kita..hatinya lebih suci lagi murni daripada kita...betul tak..? Kita tahu ke semua benda tuhh?

Sewajarnya, kita mendoakan kebaikan baginya...bersyukur kerana kita masih diberi nikmat berjalan normal...cukup lengkap anggota badan kita yang dapat berfungsi dengan baik..tanpa ada cacat pun! Nak beribadah pun mudah..Tapi, mengapa begitu sukar untuk kita bersyukur? Ramai yang terlupa bersyukur sehingga menggunakan nikmat anugerah itu untuk derhaka pada Sang Pencipta sendiri...na'uzubillahiminzalik..




Contoh lain, time nak exam...kita ni ternampaklah sorang classmate yang baru nak bukak buku..lagi setengah jam nak exam...muka cam dah cuak je..sok sek..sok sek..sok sek..dalam hati "errmmm, baru nak terhegeh-hegeh baca buku ke de ni? exam lagi setengah jam kott! memang pemalas betul lahh..tengok aku nihh, get ready laahh awal-awal..aish.."

Hoho...hidung itu nampak tinggilah! Mana kita tahu, selama ni mak dia sakit terlantar kat hospital..dia yang duk ulang alik jaga mak dia..tup tup..tetibe lepas exam..kita tau dia tuhh dapat result gempak! hahh, amacam? Ternganga mulut jatuh sampai lantai...! Kalau Allah dah redha, semua boleh jadi..

Sama jugak kalau kita nampak sorang hamba Allah nihh, datang lewat sekolah...nama dia wajib ada dalam list 'budak lewat'..mesti kita duk fikir, "dia nihh mesti bangun lewat pagi..solat subuh mesti gajah punya..hahahh..''

Amboi, ewwah...pasti ke? "Ehh, mungkin adik dialah yang selalu lambat! Dia awal-awal lagi dah siap kemas pakai baju sekolah, sikat rambut encem-encem..takpun, trafik jam agaknya...ke kereta dia rosak?"

Huhh, memanglahh..husnuzhon tu tak senang..tapi enshaAllah kalau kita fikir anggap baik pada orang lain, hati kita takkan tumbuh titik-titik hitam yang menggunung tuhh..betul tak?



Kat Mesir ni time Ramadhan..solat terawih, selalu ternampak segolongan cek akak arab yang solat menampakkan rambut...tak kurang jugak yang solat, tapi mewarnakan kuku..teringat kata seorang Murabbi.." husnuzhonlah, mungkin mereka itu jahil. "

Sebelum kita suuzhon [bersangka buruk] dengan orang lain...pegi depan cermin, reflect balik diri kita nihh! Bagus, hebat, soleh wa musleh sangat ke kita ni nak mengutuk orang lain? err...Sila jangan perasan bagus..!

" Islah nafsak, wad'u ghayrak "

" Perbaiki dirimu, dan serulah orang lain. "


Wallahua'lam...
May Allah bless :)

Tuesday, June 19, 2012

Tanahku, Palestina Terchenta

Bismillahirrahmanirrahim....
 
Mewakili Aqsa Syarif Malaysia

Alhamdulillah Mei 2012 shaddurrihal Aqsa2Gaza4 berjalan lancar..mewakili Malaysia, Aqsa Syarif seramai 8 orang dan bersama 75 sukarelawan NGO misi kemanusiaan Palestin daripada Asia, negara teluk dan beberapa negara arab lain. berjaya melepasi pintu Rafah Mesir dan Gaza sebelum mengharungi bermacam mehnah dan dugaan yang hebat..

Niat sentiasa ditajdid [diperbaharui], doa tak putus-putus, saling menguatkan dan mengingatkan, kesabaran teruji..itu yang membuatkan mereka tegar menghadapi ujianNya..ya, ujian hebat itu buat mereka yang hebat..! BismillahimashaAllah ~


Alhamdulillah, lukisan diberikan..lukisan yg dipegang itu punya saya :)

Hamdanlillah, saya mengambil kesempatan mendengarkan sharing daripada peserta akhawat (Malaysia) dari Mesir ; Ustazah Rosmawati dan Ukhty Utin Shafira menceritakan pengalaman mereka di sana...mereka ini tak mahu pengalaman mereka hanya disampaikan cuma . tanpa berlaku perubahan pun..jelas, mereka tak ingin sekadar menyampaikan..tapi, mahu kita mengambil 'ibrah dan memperbaiki diri kita dan menjadikan saudara seaqidah di Palestin sebagai qudwah, inshaAllah.


enshaAllah, Palestine will be free ~

Diceritakan, anak-anak di sana walau sesusah mana pun kehidupan mereka...tetap..mereka tidak meminta..! apabila dihulurkan sesuatu..mereka pantas menolak...mereka tahu, mereka punya maruah...ya, itu semestinya sudah ditarbiyah sejak kecil bukan?

Apa yang lebih mengagumkan, majoriti anak-anak Palestin sudah pun hafaz 30 juzu' al Quran...itu terbukti, mereka menjadikan Quran itu sebagai pedoman..**berderau darah saat mendengarkan ini** siapalah kita berbanding mereka..




Ya, semuanya bermula dari didikan si ibu pada anak sejak kecil, bagi wanita, mereka digalakkan berkahwin awal [seawal 16 tahun] supaya mereka dapat melahirkan kembali mujahidin..rijal-rijal islam yang dapat membebaskan al Quds..juga untuk meramaikan kembali penduduk Palestin..subhanallah..lihatlah, begitu hebatnya ibu-ibu ini..

Di sekolah, anak-anak bakal penghuni syurga ini diterapkan dengan semangat jihad...ditanam dalam diri mereka semangat membebaskan al Quds...subhanallah hammasah [bersemangat] sungguh..! Mereka ini sangat matang...muwasafat tarbiyah mereka amalkan..adab-adab mereka dijaga..apabila ditanya, cita-cita mereka adalah syahid...Allah,Allah...

Paling terharu, seorang ibu muda yang sedang hamil anak keduanya..berkata ; " anak pertamaku  syahid, kini, aku menantikan kelahiran anak dalam kandunganku ini untuk turut syahid.. "

Allah, begitu mendalamnya cinta si ibu muda ini terhadapMu sehingga sanggup mengorbankan orang yang disayangi buatMu...ya, Allah itu matlamat mereka...mereka yakin bahawa syurga sudah tersedia buat mereka...dan mereka pasti dengan janji Allah..mereka juga sangat-sangat husnuzhon [bersangka baik] dengan Allah...benar, Allah itu pada sangkaan hambanya..


Abi n ummi bersama bakal penghuni syurga ^_^

Mungkin ramai yang masih berfikir, mereka di Palestin hidup dalam ketakutan...tapi hakikatnya..tidak sama sekali..! Mereka tidak gentar sedikit pun...mengapa perlu takut diserang Israel laknatullah, sedangkan syahid itu cita-cita mereka..? Majoriti, selang sebuah rumah dan setiap masjid..mempunyai senarai nama mereka yang syahid...Allahurabbi ~




Sekarang ini, hanya Gaza tempat yang tidak dihuni Israel..kerana sebelum ini sewaktu wujudnya penempatan Israel di Gaza, penduduk Gaza dengan ilham daripada Allah..berjaya mengusir mereka [israel] sehingga mereka takut dan melarikan diri dari Gaza...pengecut bukan? Allah, tiada yang dapat menandingi kuasaMu ~

Di Gaza, dengan bantuan yang dihulurkan daripada beberapa buah negara, mereka membina kembali kehidupan mereka...diceritakan pernah sebuah universiti yang dibom, dibina semula...tanpa putus asa..selagi Allah itu masih bersama, tabahlah wahai saudaraku..!



Subhanallah :)


Tomey kan? >_<

Lembu-lembu ternakan yang sihat [bagaikan Shaun the Sheep] kuda-kuda gagah, penangkapan ikan di laut walaupun dihadkan jarak 2km oleh Israel, mereka tetap mendapat tangkapan ikan yang banyak dan besar..subhanallah..nikmat Allah apa lagi yang kita dustakan? benarlah, bumi Palestin itu bumi barakah, bumi syahid..


'' Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya [Muhammad] pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat. ''
[ al Isra' : 01 ]


Berderau lagi darah saat mendengarkan cerita, seorang ummu syuhada' berkata ; " bumi Palestin ini, bumi aku, bumi kau, bumi kita, bumi ummat Islam...Palestin ini adalah tanah waqaf buat ummat Islam..dan kami hanya menjaganya.."

Palestine will be free ~

Allah, mereka menjaga TANAH KITA dengan mengorbankan jiwa, darah, anak-anak,suami mereka...sedangkan kita...?! Lalu, apa yang kita lakukan demi pembebasan al Quds....?? sekadar mengirimkan wang, doa..? Cukupkah sekadar itu...?! Air mata sudah mengalir laju T_T

Berkata lagi seorang mak cik yang merupakan penduduk Gaza ; " kami ini tak perlukan kamu untuk berjihad di sini, di sini adalah jihad kami, kamu, jihadmu adalah mengISLAHkan masyarakatmu, mereka di sekelilingmu..sampaikanlah Islam pada mereka.." 

Tiba-tiba terasa kerdil....apa yang selama ini saya lakukan untuk menyedarkan ummat islam kembali..? Terasa bagai habuk pun tiada..!!  Air mata sudah membasahi baju TT_TT

Jangan menganggap bahawa mereka dilahirkan, berada di Palestin, mereka mampu melahirkan, menjadi insan hebat...tidak..! itu adalah tanggapan yang sangat terpesong..! sila jangan berfikiran sebegitu..di mana pun kita berada, kita yang memimpin diri kita..kita tahu, apa yang kita wajar lakukan atau tidak..bukan..??

Malaysian Palestinian Friendship Bakery :)

Ketahuilah, berpuluhan tahun sudah Israel menjajah Palestin, tanah kita...adakah kita sekadar berdiam berpeluk tubuh..? Ya, memang, Israel laknatullah itu 'jahat' sudah menjajah Palestin sehingga begitu lamanya, memang benar itu salah mereka..tapi...tak perlu nak menuding pada sesiapa jika sehingga hari ini al Quds masih belum dibebaskan..! Ya, kita.... kita ini juga salah tahu..??

Semakin lambat kita bergerak menyampaikan Islam yang sebenar, semakin lambatlah pembebasan Palestin dan al Quds...sila savekan kata-kata ini dalam kotak fikiran kita ~ Ya, ayuh..! persiapkan diri kita untuk menggalas amanah besar ini di bahu..! Jangan leka lagi..pembebasan al Quds itu tanggungjawab kita..! Semoga Allah mengira setiap usaha kita dalam membebaskan tanah kita Palestin dan al Quds .


Boikot yukk ~


Doa, doa, dan terus doa...yakinlah kita akan solat di al Quds suatu masa nanti..enshaAllah :)


Bersatu membebaskan Palestin..!


'' Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. " 

[Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]


Wallahua'lam...

Palestin di hatiku <3

**Semoga Allah mengganjari usaha kecil ini :)