Pages

Tuesday, January 6, 2015

Kadang Kita Rasa.

Dengan nama Allah, arRahman, arRahim.



Kreditto~



Kadang kita rasa.
Apa yang kita mahu itu sempurna.
Tak kesah biarlah apa manusia kata.
Asalkan hati berbunga bahagia.

Kadang kita rasa.
Manusia tak pernah faham kita.
Hari hari bersendiri berdua dengan air mata.
Hingga kita lupa, kita punya Pencipta.

Kadang kita rasa.
Dunia ini kejam.
Bila hati tak mencapai apa yang dipendam.
Bisingnya hati merungut geram. 
Satu saat tiba tiba hati terdiam.
Mata menangkap ayat dua ratus satu enam.
SuratulBaqarah.
Ya, yang sedang berbicara denganmu itu Allah.

Kadang kita rasa dan mahu.
Amat berbeza dengan segala yang Allah tahu.

Maka, pada Allah mekarkan husnuzhonmu.
Kerna Allah itu, ada pada sangkaanmu.