Pages

Wednesday, March 30, 2016

Selamanya Dichintai dan Dihargai

Dengan nama Allah, arRahman, arRahim.

Suatu hari. Salah seorang dari adik bulatan gembira saya bertanya, 
"apa nak buat, bila manusia tak hargai kita?" 

kreditto.

Benar, perasaan ingin dihargai pasti wujud dalam hati kita, manusia. Bahkan terkadang kita bersedih hati, disebabkan tak ada seorang manusia pun yang datang mengucapkan "terima kasih," lebih lagi apabila kita melakukan sesuatu hal yang bermakna buat mereka. 

Dan kita menganggap itu,
"Tak ada siapa pun hargai aku."
"Tak ada siapa pun ingat apa yang aku buat."
"Penat-penat aku tolong dia, dia tak cakap terima kasih sikit pun?!"

Ohh, ini sungguh sadis!

Ayolah, tajdid [perbaharui] kembali niat kita. Untuk apa, dan kerana apa kita melakukan amal solih merawat kondisi ummah, membantu teman-teman kita, ibu ayah kita, juga manusia manusia di sekeliling kita?

Apakah semata-mata kerana menginginkan penghargaan? Atau pujian?

Sedangkan penghargaan dan pujian itu terkadang mampu menjadikan kita bermegah bangga dengan amal solih kita? Menyuburkan penyakit hati yang membusuk dan menjadikan amal sia-sia?

Moga Allah mengampuni kelalaian kita, yang kadang melenyapkan Allah dari hati.

Betapa penyakit hati ini harus terus menerus kita tepis dengan sungguh-sungguh. Agar tak merebak di ruangan hati, lalu menggelincirkan kita dari menjadi golongan mukhlisin, bahkan berpotensi tinggi menjadikan kita golongan yang rugi. Rugi dunia akhirat.

Seringkali di saat perasaan ingin dihargai itu menjenguk di hati tak diundang, segerakan istighfar, mohon pada Allah agar terus dianugerahkan dan ditetapkan keikhlasan dalam beramal solih, bahkan juga dalam segenap hal yang kita lakukan. Moga Allah sentiasa melindungi kita dari syirik khofiy dan jaliy  enshaAllah.

Dan bilamana hati digeletek syaiton, menjadikan kita ketagih dan dahagakan pujian juga penghargaan, segera ingatkan kembali hati dengan firman Tuhan,

"Wakafaa billahi syaheeda."
"..dan cukuplah, Allah sebagai saksi."

Maka setelah itu, syaiton pun tak mampu mengganggu kita. Di saat hati kita benar-benar berpaut rapat dan erat dengan Allah. Tak ada satu halangan pun, yang mampu merusakkan teguhnya tali hubung kita dengan Allah, seandainya kita sentiasa mencuba dan mencuba, untuk terus mengikhlaskan hati dalam beramal, dan membersihkan niat dari segala sesuatu kotoran yang mampu mencemarkan kesucian ikhlas.

Moga dengan itu, amal kita terselamat dari menjadi debu-debu berterbangan, yang tak punya nilai sedikit pun, bahkan lenyap tanpa kesan bagaikan tak pernah terwujud.

"Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan."
[al Furqaan; 23]

kreditto.
 
Walau tak ada seorang manusia pun yang mengetahui dan memuji, walau tak ada seorang manusia pun yang menghargai, yakinlah, berbekalkan ikhlas di hati, Robbmu akan selalu, dan selamanya menchintaimu dan menghargaimu. 

"Sungguh, Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik."
[at Taubah; 120]

Moga Allah terus sudi, menganugerahi hati kita dengan ikhlas.

Allahua'lam.

Monday, March 21, 2016

Qul, hadza min fadhly Robbi.

Dengan nama Allah, arRahman, arRahim.

Sebelum anda meneruskan niat membaca entry ini, ingin saya katakan, saya tidak akan bertanggungjawab atas kebosanan anda okay? Sebab entry ni agak panjang dan membosankan. Ehhe. Peace sikit.

Detik sejarah

Bismillah again, alBaqarah; 64.

"Falawlaa fadhlullahi 'alaykum warohmatuhu lakuntumminal khosiriin." 

[bila keyboard tak ada arabic font, hoho]

Setiap kali saya mendengar, atau membaca ayat peringatan chinta Allah ini, terus, serta merta. Teringat peristiwa accident yang menimpa ummi, abi dan saya pada 20 Januari tahun lalu dan pada tahun yang sama, saya merupakan calon persendirian bagi SPM 2015.

Kenapa? Apa yang hebat sangat dengan ayat tu?

Baik. Bayangkan, Sejak kecik, rutin mingguan/bulanan keluarga anda ulang alik KL-KT. Tapi ditakdirkan Allah, suatu hari anda mengalami accident bersama ibu ayah anda..dan ketiga-ketiganya tak sedar langsung-langsung apa yang terjadi sebab semua 'ketiduran' termasuk ibu anda yang sedang drive kereta! Dan paling dahsyat, bila anda rasa sakit yang teramat, rasa sesak nafas, anda bukak mata....aik? Anda berada di atas jalan raya! Anda pandang kiri, kereta dah hancur kemek, airbag kempis, tayar tercabut.

Anda fikir itu mimpi. Anda kelipkan mata beberapa kali, beberapa buah kereta melepasi anda dan manusia melihat anda waktu itu..dan mereka, hanya melihat. Kemudian di sebelah kanan anda, ibu anda yang berlumuran darah di kepala sedang menenangkan anda walaupun beliau juga dalam kesakitan.

Baru anda sedar.."aku tak mimpi." 

Seram tak?

Itu bukan cuma cerita bayangan. Tapi cerita itu menjadi trauma buat saya, sampai saat ini. Dan alhamdulillah, siapa sangka, ujian itu juga menjadi antara titik tolak perubahan dalam hidup saya. Perubahan yang lebih baik enshaAllah.

Ehhem. Nak throwback sikit. Kan dah kata, bosan takyah baca..hm.


Click, untuk lebih jelas.

Hampir dua puluh minit lepas accident, Allah hantarkan seorang manusia berhati mulia membantu kami bertiga ke klinik berdekatan highway [exit-Lanchang, Pahang] dan seterusnya kami dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dengan ambulans.

Sampai hospital, kami bertiga dimasukkan ke ward separa-sedar. Tapi tempat lain-lain.

Lepas doctors datang jahit bibir dengan bawah dagu macam baju, rehat kat katil, sampai sepupu dan pakcik makcik ikhwah akhawat datang ziarah kami.

Makcik akhawat bagitahu saya supaya tak risau, ummi dan abi okay. Doktor tengah jahit kepala dan dahi ummi, abi tak cedera tapi ada masalah dekat tulang belakang.

Alhamdulillah, saya hanya cedera luka kat kaki kiri, satu jari kat tangan kanan, dan bahagian bawah muka..dalam hati, ingat yang Allah nak ringankan azab kat akhirat..itu dah cukup buatkan hati tenang dan mampu tersenyum.

Dan disebabkan muka bahagian bawah agak menyeramkan waktu tu, berparut kat pipi, luka kat bibir dan bawah dagu..masih ingat sepupu bisik.

"Doa banyak banyak supaya Allah kasi jodoh yang baik."

"......." 

Tak mampu nak kata apa apa waktu tu, sebab cuba nak tafsir ayat tu. Bila dah faham, saya senyum, dan gelak dalam hati hahaha. 

Alhamdulillah, malam tu saya terus discharged sebab ward penuh musim denggi. Tapi ummi abi masih dekat ward. Lepas dua hari, semua dah discharged rehat dekat homestay. Dan waktu tu, satu badan memang tak boleh nak gerak langsung sebab kesan hentakan dan tercampak kena ada yang tolong bangunkan.

Rupanya, bila ummi abi cerita balik. Time accident tu, abi kejut ummi yang still tak sedar. Bila mereka tengok kusyen belakang. Saya dah tak ada. Dalam keadaan keduanya sakit, mereka gagahkan diri carik saya. Bila dengar suara saya menangis sakit, mereka terus menghampiri saya yang tercampak sekali dengan cermin belakang bonet kereta. Alhamdulillah, waktu tu tak ada kereta yang lalu line sebelah kanan [line memotong laju]. Hasbunallah, wani'mal wakiil.

Dan ohh! Saya sempat jadi superwoman rupanya haha. Patutlah ada kawan abi kata, "malaikat sambut anak enta ni sheikh."

Allah, bila tahu tentang tu, tak berhenti ucap syukur. 

Berulang kali berdialog dengan hati,
"Allah selamatkan aku bukan sebab aku ni baik. Tapi, sebab rahmat Allah, Dia masih kasi aku peluang untuk perbaiki amal, suburkan iman dan taubat, jadi manusia yang mampu menyumbang buat ummah..dan Allah tak nak..aku jadi golongan yang rugi.."

Dan saya masih menunggu hikmah diizinkan hidup hingga saat ini dari Allah. Pasti, ada sesuatu yang Allah ingin saya lakukan. Sungguh, peluang masih diberi nikmat melihat dunia ini bukan saja-saja Allah anugerahkan.

Betapa waktu itu, jika bukan kerana rahmat dan kasih sayang Allah, kami bertiga pasti sedang terbungkus dalam kain putih yang diikat kemas dibawah tanah. Betapa waktu itu, jika bukan kerana rahmat dan kasih sayang Allah, saya pasti berada dalam golongan yang rugi, kerana amal saya mungkin terlalu sedikit untuk memberatkan timbangan kebaikan di akhirat dan amal saya juga mungkin masih terlalu banyak yang cacat tak sempurna..dan dosa juga, masih bergunung yang tak diminta ampunkan.

Moga sebenar-benar maut yang bakal mendatangi ruh dan jasad saya kelak, di saat iman berada di tahap kemuncak..dan moga saya dan anda, dianugerahkan pengakhiran hidup yang sejahtera dan diridhoi Allah setelah menjalani segenap nikmat hidup yang masih tersisa dengan menjadi hamba taat yang berdisiplin, dan manusia yang bermanfaat buat ummah dan manusia di sekeliling kita, enshaAllah.

Dupdap SPM

Accident bulan Januari, SPM bulan November. Kesan sakit dan luka still tak sembuh sepenuhnya walaupun dah bulan Mac. Lagi-lagi bahagian tulang belakang memang terasa sangat kalau duduk lama-lama naik kereta jalan jauh, angkat benda berat, apalagi bila nak study.

Memang setiap kali study doa kasi Allah permudahkan sebab tak mampu nak struggle sangat. Bila orang tanya, "jadi tak ambik SPM?"

Jawab saya, "enshaAllah." dan senyum.

Kreditto

Alhamdulillah, bila dah rasa sihat sikit, start kelas tuisyen dua kali seminggu, Jumaat Sabtu. Hari lain study sorang sorang. Ada minggu okay, jadual study macam biasa..time rasa tak larat, rehat dan memang tak sentuh buku langsung. Yep, sampailah nak dekat SPM sangat-sangat cuba paksa diri untuk study lebih masa sikit dari hari biasa, tu pun banyak main jugak haha. Serious kena mujahadah lebih study kat rumah ni.

Bila masuk hari SPM, memang tawakkal sungguh. Harapkan apa yang sempat study masuk exam. Time tu memang tengok kawan kawan semua bukak buku lagi. Saya? Haha, dah tak masuk kot nak baca time ni..wat lek je [padahal cuak gila], pastu terus masuk kelas khas calon persendirian.

Ingat lagi time periksa PSI, malam tu Allah uji dengan demam panas. Hm, memang study gitu-gitu jelah. Esok exam, pehh tawakkal dia lain macam sikit lebih dahsyat dari biasa haha.

Masa exam Sejarah pulak, entah kenapa, Allah campakkan rasa senang nak jawab. Balik rumah, scroll twitter ada orang retweet jawapan Sejarah kertas satu haha. Apalagi, checklah! Tapi lepas tu, hamek, banyak sangat tukar jawapan betul jadi salah memang nangislah jugak macam rintik hujan lul. Terus target Sejarah B lagi-lagi ramai yang kata kertas tiga soalan pehh kbat dia sampai kecoh masuk astro Awani. Serious tak tipu ni.

Result keluar 3 Mac, 10 pagi. Okay malam sebelum tu memang insomnia fikir result. Tenang tenangkan hati dengan baca buku, sempatlah jugak tidur beberapa minit sebelum azan subuh terjaga.

Okay, dah 3 Mac huhu. Dalam kepala. "Result hari niii? Rasa macam baru semalam pegang pen nak jawab exam pefit."

Dah pukul 10 pagi, abi suruh check result thru sms. Abi kata apa pun result, terima dengan ridho. 

Result kementerian hantar ikut pos. So sampai lambat sikit. Nak hilangkan cuak terus solat dhuha dan mintak Allah kasi hati yang ridho. Serious berpeluh, ambik fon abi. 

Type angka giliran, ic..loading...

Tutup mata, 

"Ding!"

"Result anda......."

Apa yang mampu time tu cuma syukur menangis sebab terlampau terharu dengan Allah. 

Allahumma anta Robbi. Hadza min fadhlika ya Robb.

Benarlah, seandainya kita meletakkan sepenuh pengharapan kita pada Allah, kita tak akan bersedih hati sedikit pun. Yakinlah.

'Ibrah

Tahniah buat anda yang tekun baca sampai penghujung entry ni, sedikit perkongsian enshaAllah.

Mohon bila naik kereta, pakai seatbelt. Walaupun anda cuma passenger. Mula mula memang serabut, tapi serious tu usaha kita untuk jaga safety. Kalau tak, terbang nak? 

Bila tengah drive mengantuk, terus berhentikan kereta dekat R&R ataupun Petronas..rehat sampai hilang mengantuk. Ingat balik iklan kat tv "Ingatlah orang tersayang..kepulangan untuk dirai bukan ditangisi." Cehh.

Bila ada manusia kenalan kita dalam susah, kena uji dengan musibah. Bantu apa yang perlu, biar mereka rasa, ada yang bersama mereka. Tu dah cukup terbangkan kesedihan dari hati. Lepas accident, rumah kami mashaAllah tak henti orang datang ziarah, buah banyaaaak sangat sampai dua peti ais pun tak muat dan kadang bagi hadiah kat tetamu yang datang ziarah tu pulak haha. Subhanallah.

Dan dalam hal apa pun yang Allah tentukan jadi dekat kita, teruslah, husnuzhon pada Allah, percaya pada Allah. Serious, kita takkan rugi dan bersedih hati.

Bila dah niat tawakkal. Tawakkal sungguh-sungguh. Jangan cemarkan tawakkal tu dengan buruk sangka pada Allah, ataupun mengeluh. Yakin, Allah dah susun yang terbaik untuk kita.


Kait.

Tidaklah nikmat melihat dunia masih Allah izinkan, dan tidaklah result SPM lebih baik dari yang dijangkakan, melainkan kerana rahmat dan kasih sayang Allah.  

Qul, hadza min fadhly Robbi.

Allahua'lam.