Pages

Tuesday, April 16, 2013

Kekasihku, menunggu.

Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap tahun, umur berlari menuju kearah ketua-an. Makin hari, terasa pertemuan dengan kekasih itu semakin hampir. Ya, kekasih itu tunangan saya. Bertunang dengannya sebelum bernafas di alam dunia. Kami akan bertemu suatu hari nanti.

Dia akan bertandang. Mengejut. Mahu buat kejutan barangkali. Tarikh, tempat kejadian..tak pernah diketahui. Hebatnya rahsia itu terpelihara.


[kredit]

Merasakan si ‘dia’ itu kekasih. Itu sebenarnya susah. Hati selalu rasa bagai tak mahu bertemu dengannya. Ingin berlari jauh. Bersembunyi. Walhal, dek kerana amal yang belum tentu cukup. Diri yang masih belum total mentaati ar Rahman. Malu. Malu bertemu dengan Sang Pencipta yang menghantar si 'kekasih' untuk menjemput diri kembali padaNya semula.

Mengembalikan ruh, jasad ini yang terasa bagai milik sendiri. Itu normal. Sedangkan tidak! Itu hanya mimpi semata.

Terkadang. Terbayang. 

Nak melintas jalan raya yang bertali arus dengan kenderaan. Tiba-tiba sebuah lori gedabak besar tayarnya menghimpit diri. Lalu jantung pencen dari berfungsi.

Gempa bumi. Diri dihimpap bangunan-bangunan gergasi. Lalu maut mendatangi.

Masuk kamar mandi. Tergelincir terlanggar baldi. Lalu tak bernafas lagi.

Tengah update belog. Rasa sesak tak bernafas. Lalu mati.

Pejam mata tidur atas tilam empuk. Tarik selimut tebal. Tak sedar. Mati sementara tiada lagi. Ruh terbang dari jasad.

Ya! Si dia akan datang menemui tak kira diri sedang berada dalam apa keadaan pun. Berharap moga saat dia mendatangi. Diri sedang mentaatiNya. Wahai Allah. Anugerahkan aku husnul khatimah! T_T


[kredit]
Everyone shall taste DEATH !

Setiap minggu. Bahkan terkadang hampir setiap hari. Telinga dikhabarkan dengan berita peninggalan. Ya. Dunia itu ditinggalkan oleh manusia setiap hari, detik, dan ketika.

Bayangkan. Selalunya. Kita mendengar berita kematian manusia. Tetapi akan datang satu masa. Manusia berbicara mengenai kematian kita. Waktu itu. Sama ada kebaikan atau amal keji kita yang akan disebut-sebut manusia..?

Ya. Selama ini kematian orang lain yang menyapa telinga. Nanti. Kita sendiri yang merasai kematian itu. Betapa seksa, peritnya saat ruh yang telah lama bersemadi dalam jasad. Terpaksa dipisahkan. Lalu, bagaimana keadaan kita waktu itu..? Wahai Allah. Permudahkan pengakhiran hidup kami menemuiMu. T_T

Dua hari lalu. Pertemuan bulatan gembira gabungan di Hadiqah Azhar. Kami baru nak hepi hepi bergaya nak ambik gambar. Tengah-tengah hepi tu. Bunyi kereta berseret terdengar. Ada perempuan teriak kuat. Kedua anak mata kecil menyaksikan dua kenderaan berderet berlanggar sesama mereka. Bunyi teriakan berulang. Sekali lagi.

Manusia yang berada di hadapan pintu Hadiqah Azhar berlari ke arah seberang jalan [tempat kejadian berlaku]. Seperti biasa, pak arab berkerumun ramai-ramai. Mula berantam. Berperang mulut. Masing-masing membela diri. Mungkin. Tak lama. Ambulans sampai.

Waktu itu. Cuak. Jantung bagai nak gugur. Terketar. Mata terasa berkaca. Bagaimana seandainya. Aku yang berada di posisi kemalangan itu? Allah. Allah. Ya. Allah memang nak tunjuk sesuatu pada aku. Ya. Itu peringatan dari Allah buat aku yang terkadang terleka. T_T

Lepas tu. Kami dah tak ada hati lagi nak bergambar segala bagai. Tahan tremco [mini bus]. Pegi mahattah   [perhentian] bas. Naik bas. Balik. Terus.

Hakikatnya. Setiap kali jarum tangan jam bergerak perlahan. Setiap jam yang berlalu. Setiap hari yang berganti. Setiap tahun yang menaik angkanya. Setiap kali itulah. Pertemuan dengan si kekasih semakin dekat.

Hati selalu merasakan ada 'makhluk' yang sedang mengintai. Malakul maut. Sentiasa menunggu bila tugasannya akan dilaksanakan. Mulalah kita berdoa Allah memanjangkan umur. Sedangkan. Bila makin berpanjangan tempoh hayat kita di dunia. Semakin meninggi gununglah jenayah dosa yang kita lakukan..betul..?

Ya. Mati itu tak pernah berhenti mengejar manusia. Walau kau lelah berlari jauh, dia tetap lebih pantas mendapatkanmu! 

" Dan setiap ummat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun. "

[ al A'raaf : 34 ]

Wahai Allah. Aku ini...ingin menemuiMu tersenyum ceria. Aku ingin berlari pantas ke syurga. Tak mahu merangkak terseksa ke sana. Dengarkan kata hati ini. Wahai Rabb yang Maha Hebat kekuasaannya. 

Moga Allah menganugerahkan saya, anda, dan kita. Pengakhiran hidup yang baik. Semoga kita berjiran di syurga. biiznillah.

" Sebenarnya, kita takut mati atau takutkan balasan Allah bagi dosa yang kita lakukan..? "
[Ust Muhaimin]

Wahai diri. Bernafaslah di dunia dalam beriman kepada Allah sentiasa. Agar saat tibanya kekasih. Nafas dihembus tika diri masih beriman. Persiapkan amal sebaiknya di dunia. Buat dipersembahkan ketika menemui Sang Pencipta.

Wallahua'lam.

Monday, April 1, 2013

Kerana Apa Aku Berjuang?

Bismillahirrahmanirrahim.

"Nanti, pegi Mesir. Tanak lah buat dakwah. Susahlah. Untuk apa buat semua tu? Nak belajar je. Takyah pusingpusing nak fikir pasal dakwah semua ni."

Teringat. Kata itu terpacul dua tahun yang lalu. Ketika masih berumur empatbelas tahun. Huhh. Fikiran kebudak budakan. Masih belum matang barangkali. Huish. Bajet macam sekarang matang sangat. (-_-)

Waktu itu, bagi saya, dakwah itu membebankan juga membosankan. Seru orang buat baik segala bagai. Macam apa yang dibicarakan pak ustat, lebai berserban juga ustajah yang bertudung labuh seperti dalam kaca televisyen bagaikan magika itu. 

Mahupun kuliyah-kuliyah yang bergema dari corong pembesar suara di surau kampung atau masjid yang terbina gah yang kebiasaannya pendengar adalah sejumlah besar daripada golongan pak cik, mak cik, atuk, nenek. Anak muda juga. Mungkin. Namun, tipis sekali harapan itu.

Tuptup. Allah telah campakkan diri ini ke bumi tarbiyyah. Bumi yang memberi sejuta makna. Seinfiniti didikan untuk membina diri.

Tanpa sedar, perlahan-lahan diri memahami bahawa dakwah itu sunnah terbesar Rasulullah. Huhh. Baruku tahu. Baru ku mengerti saat itu. T_T

Terimakasih Allah. Terimakasih kerana telah menyedarkan diri ini dari terus melangkah jauh mengharungi kehidupan berpimpin tangan bersama si jahiliyyah itu.

Bila duduk, makan, tidur, berkongsi cerita, curhat...bersama akhawat. Merasakan ada kelainan yang tak dapat diungkapkan. Kehangatan berada dalam dakapan ukhuwwah membuatkan diri terasa kehadiran ini dihargai. Selalu. Walaupun dikategorikan sebagai 'akhawat junior'.

Ukhuwwah itu membatasi segala. Tak kira usia mahupun rupa. Kita adalah sama. Kerana kita manusia. Kita keluarga. Keluarga berlandaskan ikatan ukhuwwah dalam aqidah. Ukhuwwah yang dibina dengan kasih sayang. Kasih sayang kerana Allah.

Terkadang, pintu hati dan akal diketuk kuat. Diserang persoalan persoalan yang membuat diri terdiam berfikir.

Rasa tak syok. Tak puas. Tak gembira. Bila hanya tersenyum melihat kakak kakak berhammasah dengan kerja tarbiyyah dan dakwah. Sedangkan diri? Huhh. Walau tak hebat berhujah di hadapan, tetap! Menggali logam diri. Ingin juga berbakti pada ummah ini.

Selalu juga. Merasakan itu tugasan berat. Budak kecik nak buat? Mampukah? Mungkinkah? Namun, terdetik. Jika Allah bersama, enshaAllah segalanya mungkin! :')

Ya! Saya mahu jadi anak kecil yang berjiwa gedek! Yosh, yosh!

Lalu, kerana apa aku berjuang?
Mengapa aku perlu berjuang?

Kerana....cintaku pada al Khaliq. Cintaku pada Rasulullah juga mereka yang terlebih dahulu melalui jalan ini dengan susah payah. Jalan yang dipilih Allah untuk aku melaluinya. Ya! Aku ingin menjadi golongan penerus. Penerus risalah agung. Bercita ingin mengembalikan keizzahan islam itu pada tempatnya. Bukan diinjak hina! Walau arus dunia yang tak henti menggoda, juga tribulasi menggoncang, mohon Allah menetapkan hati, iman, jiwa dan diri.

[kredit]

"Ini. Inilah medan kita. Nak hadapi benda realiti. Realiti keadaan dunia." [Ukhty NR]

Huhh. Medan? Terasa berat. Bahu bagaikan senget sebelah. Apa, apa jasaku buat ummah? Apa yang akan aku persembahkan pada Sang Pencipta di hari kebangkitan kelak? Air mata mula membasahi seluruh jiwa. Tak terzahir pada pandangan manusia. Sembunyi. Sembunyikan tangisan daripada didengari manusia. Biarlah hanya Zat Agung yang mendengar, memahami tangisan batin ini.

Wallahua'lam.

Sunday, February 24, 2013

Sang Penyeru Kebaikan

Bismillahirrahmanirrahim..


Wahai sang penyeru kebaikan.
Hujahmu membuat sang diseru teruja.
Ingin kembali kepada Islam semula.

Wahai sang penyeru kebaikan.
Seruanmu dipandang tinggi.
Dirimu, manusia hormati.

Wahai sang penyeru kebaikan.
Lantangnya engkau berkata-kata.
Meletakkan haq pada tempatnya.
Engkau hebat pada pandangan manusia.

Wahai sang penyeru kebaikan.
Sunnah terbesar Rasul engkau perjuangkan.
Walau wujudnya kebencian.
Engkau tegar dengan pendirian.

Ikhlaskan hatimu.
Moga redha Sang Khaliq terbang mendapatkanmu.

**********

Ya, hebatnya mereka yang digelar sang penyeru kebaikan ini. Tapi, mereka bukan Rasulullah, mereka juga bukan malaikat. Mereka ini manusia. Manusia yang juga punya dosa. Seperti saya dan anda.

Sang penyeru kebaikan. Da'ie. Maksud keduanya sama. Cuma berlainan abjad dan bahasa.

Menggalas tugas sebagai penerus sunnah terbesar Rasulullah itu tak mudah. Juga, bukanlah satu bebanan. Manusia itu matlamat hidupnya dicipta untuk menjadi hamba dan khalifah. Satu ketetapan daripada Allah, Sang Pencipta seluruh alam.

Bila diri sudah menjadi da'ie, segala yang dilakukan akan dipandang manusia. Manusia tak lelah menghukum. Walau hebat, baik manapun seorang da'ie itu..tetap terkadang tersalah langkah. Ya, manusia itu tak pernah bercerai dengan dosa. Hanya Allah yang mampu menutupi keaiban itu daripada dizahirkan pada manusia.

Da'ie itu qudwahnya pada semua...gaya percakapan, akhlak, pakaian...di mana pun dia berada, merasakan Allah itu ada memerhatikannya. Bukan mementingkan pandangan manusia semata.

Qowiey, haybat, mantap..? Ohh, susah untuk saya melabelkan mereka dengan kata-kata yang bisa mengembangkan itu. "ahsabuhu/a tayyib/ah." [aku merasakan dia baik]. Itu yang selalu terdetik di hati bila tengok mereka yang bismillahimashaAllah mantap.

Hanya Allah lebih mengetahui diri mereka, saya dan anda..bukan?

Bagi saya, [ini pendapat peribadi] mereka yang aqwa lagi haybat itu bukanlah mereka yang berdiri yakin berkata-kata dengan hammasah...mahupun bukan mereka yang mantap dakwah fardiyahnya...juga, tidak pada berapa banyak bilangan bulatan gembira yang disantuni. Tidak, tidak, tidak!

illa? Kecuali? Mereka para du'at itu adalah yang menjaga tutur katanya, hati berbunga melihat akhlaknya,     ikhtilat yang dijaga dengan baik..penampilan dan pakaian..juga perkara-perkara yang tidak menjadi fitnah terhadap agama, dan dakwah yang dibawa mereka itu sendiri.

Bukan hanya menjaga ikhtilat dan menundukkan pandangan ketika berselisih dengan si ikhwah atau akhawat.  Ecehh, bukan main thiqah lagi.

Tapi, bila terkantoi di Facebook, Twitter dan sejenis dengannya. Selamba berhuhu haha hihi hoho dengan bukan sejantina. Aduhh, sakit hati melihat. Itu yang tahu, kes yang berchatting 'berdua' + syaitan? Kamu, sila jangan hipokrit..boleh..? 

Allah lihat. Allah dengar. Allah tahu. Walau nak sembunyikan macam manapun, kalau Allah nak tunjuk..memang tunjuklah. Nauzubillahiminzalik.

[kredit]

Ada yang menganggap, dengan berpakaian mengikut trend boleh semakin dekat dan masuk dengan masyarakat. Tanak nampak kolot bila berhadapan dengan masyarakat. Memang boleh, dengan syarat, pakaian tu mengikut syariat..dan sesuai dengan diri yang digelar da'ie/yah.

Kalau tak, sebaliknya yang masyarakat akan nampak. Mana qudwahnya dalam berpakaian? Dan dengan itu, pandangan masyarakat padanya akan serong. Ya, penampilan dan pakaian melambangkan peribadi. Memang kena jaga sangat sangat. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bernafas dalam dunia tarbiyah.

Bila manusia dah hilang hormat pada seorang da'ie itu, percayakah lagi mereka pada sang da'ie? Dapatkah sang penyeru menawan hati sang diseru? Adakah bakal terlaksana impian 7 maratib amal tanpa 10 muwasafat tarbiyah yang sempurna? Wahai Allah, pelihara kami. T_T

Da'ie adalah orang yang faham tarbiyah...tahu haq dan batil. Menyeru kebaikan agar sinar Islam sebenar kembali menyerikan kehidupan sang diseru. Tapi, macam mana nak tarbiyah orang lain kalau diri sendiri tak terrrtarbiyah? Tak sampai..tak sampai.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."

[as Saff : 2,3]

Maka, saya memohon dengan mata bersinar..penuh pengharapan hentikan perbuatan anda yang bisa membuatkan Islam, dan seruan dakwah itu terfitnah. Hentikan, hentikan, hentikan. Jangan dek kerana mengalah dengan nafsumu, engkau mempersiakan seruan dan potensimu itu.


[kredit]

Biarpun payah melawan nafsu yang sentiasa ingin memegang watak 'raja' itu...berjuanglah walau rebah..bangun, sedarkan dirimu dari mimpi lena itu! Masih ramai yang memerlukan khidmatmu! Allah menjanjikan syurga bagimu. Jika engkau benar-benar ikhlas menaiki gerabak di landasan dakwah yang panjang dan berliku ini.


[kredit]

Buka matamu, lihatlah manusia di sekelilingmu yang sedang terkapai-kapai dibawa ombak besar dunia. Mereka..sangat memerlukanmu. Mereka..memerlukan pertolonganmu. Mereka..mengharapkan ihsanmu, wahai sang penyeru. Ketahuilah, engkau telah dipilih untuk berada di jalan ini.

*Segala tulisan ilham Allah dan hasil jemari yang menari ini menterjemahkan apa yang disimpan tak terluahkan. Ya, saya ini masih mentah..masih bertatih..baru nak belajar melangkah laju dalam dunia 'baru' ini.

Tapi, tetap..punya hak untuk mengemukakan pandangan..juga tak ingin tersisih daripada layak memberikan teguran..bukan? Mohon yang terrrkena, terasa ada batu besar menghimpit, menerima dengan lapang dada. Sangat menghargai mereka yang sudi menghadam teguran daripada si 'kecil' ini. Asifah. Maaf atas kata-kata yang kurang menyenangkan. Teguran ini bukan direka, bukan sengaja. Moga ada manfaatnya.

Wallahua'lam.