Pages

Monday, September 29, 2014

Meneropong Pepasir Anugerah.

Dengan nama Allah, ar Rahman, ar Rahim.


Menghitung nikmat?


Nikmat.
Anugerah.
Ya, nikmat itu anugerah.


Nikmat itu, bisa menjadikan manusia bahagia dengan dosa. Nikmat juga bisa menjadikan manusia bangga. Nikmat juga terkadang menjadikan manusia mengangkat hidung tinggi, sombong dengan Pencipta. Itu bagi mereka yang menyalah gunakan nikmat yang Allah amanahkan pada mereka.


Tetapi. Bagi mukmin yang sebenar benarnya. Segala nikmat anugerah Ar Rahman itu digunakan tanpa diper-sia. Digunakan sebagai 'ibadah. Lillah semata. Tidak kira walau amal solih yang manusia anggap kecil nilainya mahupun nikmat menjadi manusia yang telah diiktiraf Allah menjadi 'penjaga bumi' sebagaimana termaktub dalam al Furqon.


Bertanya pada diri yang seringkali mendustai nikmat Allah. Di mana rasa syukurmu sebagai hamba? Di mana bukti syukurmu sebagai hamba? Sejauh mana gigihnya diri mengabdikan diri pada Robbul'Ula? Sebesar apa usaha yang telah dilakukan untuk mengembalikan ke'izzahan deen yang diridhoi Allah ini dengan nikmat anugerah pemberianNya?



Mungkin, wujudnya golongan manusia yang berbahagia dengan nikmat yang cuma di dunia. Dan yang pasti, beruntunglah. Mereka yang bisa merasai nikmat kekal yang paling nikmat. Nikmat berada di taman syurga, bersama cinta dan ridho Allah.


"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang." 

[An Nahl : 18]


Jika hari ini, saat ini. Kau masih bisa bernafas. Kau masih seorang muslim. Kau juga masih punya ibu, ayah. Kau masih bisa melihat dunia, berbicara dengan sahabatmu, berjalan di bumi. Kau masih bisa makan, minum sekenyangnya, tidur lena bersama mimpi indah. Lalu. Apakah sudah, kau ucapkan syukurmu pada ilah?


[kredit]

Katakan dan lebarkan senyummu. Terima kasih Allah. Alhamdulillah, 'ala kulli ni'mah :)

*Ini adalah peringatan ringkas sebagai entri 'muqoddimah' di tahun angka duakosong satu empat setelah duabelas bulan sudah sang idea terpenjara. Eheh :'>

Wallahu a'lam.

Friday, August 30, 2013

Bumi Ini Belum Merdeka. Bumi Ini Masih Aman.

Dengan nama Allah, ar Rahman, ar Rahim.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tak tertulis betapa besarnya kesyukuran pada ilah. Ya. Syukur itu infiniti.

Setelah satu bulan setengah bertapa di bumi sendiri yang mana kurang duapuluh empat jam lagi seluruh manusia warganegara Malaysia bakal menyambut kedatangan hari kemerdekaan buat limapuluh enam tahun sudah.

Dan saya? Still tak rasa apa-apa. Hmm. Payah. Merdeka. Merdeka. Sedih. Nak menangis jerit kuat-kuat. Emo sungguh. 

Ya. Kemerdekaan selama limapuluh enam tahun ini. Bukan. Bukan kemerdekaan bagi diri. Bukan. Bukan kemerdekaan bagi bumi ini. Masih. Belum.

[kredit] Hubbu al wathan. Aku cinta Malaysia !




Memang sejak keluar dari perut sang ibu. Diri mengetahui. Bahawasanya, setiap tahun, negara ini akan menyambut meriah kedatangan "tanggal tigapuluh satu Ogos". Kalian juga. Mungkin.

Lalu, adakah saya, mengingkari sejarah? Atau, sejarah itu tersalah?

Lamwaulam. Saya bukan sejarawan mahupun golongan bijak pandai kata manusia. Benar. Memang pada kaca mata sebagai rakyat Malaysia yang marhaen, Malaysia tanah melayu ini sudah merdeka dari penjajah.

Tetapi. Bagaimana pula pada kaca mata sebagai muslim dan mukmin? Adakah, bumi ini benar-benar. Sudah, merdeka? 

Maaf. Buat kalian sedikit pusing dengan kekeliruan ini. Ehehe.

Sejak nak dekat dua bulan sampai Malaysia, dan sebelum sampai lagi, apa yang sering dibanggakan di Fesbuk dan Tuwiter.

''Malaysia masih aman.''

Ohh. Memang wajib ada 'masih' ehh? Tak tahu, itu benar-benar suatu kebanggaan atau ke-perlian.

Belum sampai beberapa purnama bertapa di bumi ini. Baaanyak kasus (kes) yang membuat diri rasa tak nak terbang balik sini dah. Keseraman melanda. Mana taknya.

Guru ditembak.
Guru ditembak.
Guru ditembak.
Manusia ditembak.
Kerani sekolah adik kepada pakcik polis dibom.
[berkait sekolah? ehh, ehh, budak sekolah ke penjenayah?]
Budak hilang kena bakar.
Remaja hilang kena kerat-kerat.
Ayah sembelih anak.
Manusia sembelih manusia.
Mayat bersepah di mana-mana.

Ohh! Tak sanggup nak cakap. Ma lay sia  ma sih  a man.

"Tanggal tigapuluh satu. Bulan lapan limapuluh tujuh. Merdeka. Merdeka."

Bunuh, bakar, letup, dadah, arak, seks, campak buang baby comel, jual beli manusia, hiburan keterlaluan, obses dunia. Dan blabla, selebihnya, kalian lebih tahu.

Capai. Capai kaca matamu, hai muslim, hai mukmin! Benarkah, kemerdekaan sebegini yang kau impikan?

Sadis.

Lalu, di tahap mana usaha kita sebagai muslim dan mukmin untuk mencapai kemerdekaan yang sebenar-benarnya? Bagaimana amal kita tanda ingin mendakap kemerdekaan yang sejati lagi suci? Muhasabah kembali.

Kita masih dijajah. Cuma bukan pada zahirnya. Namun lebih merbahaya. Fikiran kita sedang diserang saat ini. Fikiran ummah ini sedang dijajah! Musuh datang menyerang, kita selamba menyapa riang? Sampaikanlah. Khabar gembira bagi sang musuh.

Okeyh. Sila capai Quran yang sudah 'lonyeng' dek kerana kamu yang kuat menghafaz dan mentadabbur itu. Ohok-ohok. Buka surah kedua, ayat tigapuluh, juga surah ke-limapuluh satu, ayat limapuluh enam, dan tadabbur sampai faham betul-betul faham. Tak sampai seminit pun. Pastu baru dibenarkan untuk meneruskan bacaan tulisan saya ini. Ececeh. Bajet. Bajet.

Haa, sudah? Ke, main skip ni? Terserah.

So, apa peranan kita? Ini serius.

'Abid. Khalifah. Kalau bukan kita yang memimpin dunia. Siapa lagi?

Lalu, bagaimana nak mencapai sebenar-benar kemerdekaan?

Tajarrud! Membersihkan dan membebaskan diri dari segala ikatan selain ikatan Allah. Menjadi sibghatallah yang sebenar-benar. [2 : 138]

Henshin! Berubah. Perbaiki. Perbaiki diri kita yang tak berapa nak taat perintah Allah ni. T_T

Jadi muslim yang benar-benar muslim. Mukmin yang benar-benar mukmin. Tak mudah. Tapi worth to try. Yang penting usaha. Yosh, yosh!

"Islah nafsak wa ud'uu ghayrak."
Perbaiki dirimu, dalam masa yang sama, serulah manusia lain.

Moga bermula dari sekecil-kecil usaha sang individu muslim kemudian sehingga berkembang ke ustaziatul alam bisa membina kemerdekaan sejati lagi suci yang menjadi impian saya, kamu, dan kita. Kemerdekaan yang diredhai Dia. Biiznillah.


[kredit] Moga Allah redha akan usaha para pejuang negara!

Selamat menyambut hari kemerdekaan dengan jiwa muslim dan mukmin yang benar-benar sudah merdeka! :D

Wallahua'lam.

Wednesday, July 31, 2013

Terbangnya Aku Bersama Syuhada'.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hamdanlillah. Jasad dan ruh selamat mendarat di tanah Malaysia. Setelah setahun tiga bulan. Alhamdulillah. Akhernya! Eksaited pulak tengok pakcik makcik melayu. Banglasia juga tak terkecuali. Lamwaulam.

Perasaan yang mula-mula mengetuk. Tenang. Itu yang dirindui sejak berada bumi lain. Ya. Misr bilaady thaaniyah. Bumi itu. Juga aku rindu. Bi'ahnya, Ramadhannya. Segalanya!

[kredit]
Allahumma sallim Misr!

Sebelum kembali terbang. Agak cuak. Setiap kali ada yang bertanya. "Balik Malaysia kan?" Wajib. Diakhiri dengan enshaAllah. Ya. Hanya dengan izin Dia, dapat kembali terbang. Alhamdulillah.

Terimakasih Allah. Mengizinkan diri sempat merasai Ramadhan buat kedua kali di Mesir. Biarpun hanya seminggu. Nikmat itu sungguh, sungguh, sungguh aku syukuri.

Sendiri merasai angin dingin di hari tragedi 'subuh berdarah'. Tenang, tenang, tenang. Setenang ruh yang berlari menghadap ilahi. Musim panas kali ini. Ajaib. Terik matahari kurang bahang dibandingkan tahun lepas. Angin sejuuukkk, mendung matahari yang dilindungi awanan. Hadza min fadhly Rabbi.

Terlalu banyak 'ibrah yang Allah anugerahkan pada diri sepanjang setahun tiga bulan berada di bumi berkah itu. Tapi, paling terkesan di hati. Tigapuluh haribulan enam dua kosong satu tiga. Bermula thaurah terbesar dunia. Tarikh yang menjadi sejarah. Buat dunia dan seisinya.

Mereka. Sang jundullah di medan Rabiatul Adawiyyah. Siang mereka. Malam mereka. Hammasah mereka. Tadhiyyah mereka. Solat mereka. Amal mereka. Sungguh. Aku kagum!

Matlamat mereka hanya Allah dan syurga. Tiada yang lainnya. Mereka tak gentar dengan peluru-peluru ciptaan makhluk yang menembusi jasad manusia. Takut mereka hanya pada Allah. Tuhan yang mencipta.

Syahid itu mereka impikan. Syurga mereka dambakan. Redha Allah menjadi sasaran. Allahumma thabbit aqdaamahum!

Merasai. Perbezaan Ramadhan tahun lepas dan kali ini. Ramadhan lepas. Sangat, sangat nikmat! Terawih di masjid sekitar Madinah Nasr. Juga iktikaf. Termasuk masjid Rabiatul Adawiyyah. Waktu itu. Mesir punya presiden baru setelah kejatuhan zaman pemerintahan Husni Mubarak yang dipilih melalui sistem demokrasi. Ya. Presiden haybat yang mana dunia mengagumi beliau. Dr Muhammad Mursy. Allah yahfazuka ya Raes alAmeen.

[kredit]
Huriyyah. Satarji'. EnshaAllah.

Tak sangka. Tempoh huriyyah [bebas] Mesir hanya sependek jangka ini. Allahu a'lam. Sungguh. Allah itu lebih tahu. Dia punya perancangan jauh lebih hebat!

Mungkin. Dibiarkan musuh-musuh beriang gembira dengan kemenangan juga keseronokan dunia yang palsu itu. Membunuh, menindas mereka yang menegakkan al haq. Kerana hati mereka buta. Telah Allah campakkan jauh iman juga perasaan gentar pada Sang Pencipta dari hati-hati mereka. Sehingga menjadi makhluk yang benar-benar dilaknat penghuni dunia juga penghuni di langit!

Barangkali. Allah nak tengok sejauh mana kuatnya kerja kita berusaha menjadi sayap mereka. Sejauh mana ikhlasnya hati-hati kita bersama menyokong mereka yang inginkan al haq kembali ke posisi. 

Ya. Mesir itu. Memegang posisi penting buat menjayakan misi pembebasan al Quds. Bebasnya Falasthin, Suuriyya dari dakapan musuh-musuh yang membinasa.

Yakin. Saat ini. Apa yang terjadi di bumi simbahan darah syuhada' itu. Adalah proses menaiki tangga membina kembali khilafah islamiyyah.

Menaiki tangga untuk sampai ke kemuncak itu tak mudah. Pasti ada termengah-mengah juga penat lelah. Membutuh perjuangan juga pengorbanan. Islam pasti kembali 'izzah. Al haq pasti kembali menyerlah. Membangkit. Jiwa-jiwa baru buat ummah. Sinar yang tak akan lenyap. Selamanya.

Tanamkan sedalamnya thiqah billah itu. "Inna nasrallahi qariib."

Wajib. Hati sakit, hancur, berkecai, lalu terbang ditiup sang angin. Bilamana melihat foto-foto mereka yang gugur di medan juang. Anggota mereka. Penuh dengan lubang peluru yang menembusi jasad. Kepala mereka dengan mudah ditembak bagaikan permainan. Nyawa dijadikan hiburan. Membunuh tanpa punya belas dan ihsan!

Namun. Hakikatnya, mereka beriang gembira di alam setelah dunia, di sisi Dia. Darah harum menjadi wangian. Saksi gugurnya mereka fi sabiilillah. Maka, beruntunglah. Mereka adalah rijal yang membenarkan janji ilah. Allahu akbar.

"Wa laa taquuluu li man yuqtalu fii sabiilillahi amwaat..bal ahya' walaakin laa tasy'uruun."

[2 : 154]

Benarlah. Ramadhan ini pintu syurga itu dibuka seluasnya. Menyambut gembira penghuni baru tersenyum ceria.

Hari-hari.
Terus, terus, dan terus.
Sang syahid berganti.
Diangkat tinggi oleh ilahi.
Mengisi syurga yang menanti.
Bergembiralah hai penghuni syurga yang kami jelesi.

Terbangnya aku kembali. Tak akan dipersia. Mungkin, perjuangan dan pengorbanan diri tak sehebat mereka. Aku juga punya cita. Ingin berkerja keras di medan yang telah Allah pilih untuk aku melaluinya. Moga Allah sentiasa redha akan usaha kecil ini. Sampai ketemu di syurga, saudara seaqidah yang aku cinta, kerana Dia. Biiznillah.

Misr. Darah sang syuhada'.
Menyubur tanah berkah.
Menyubur langkah dakwah.
Menyubur iman di dada mukminin.
Adakah, turut menyubur jiwa-jiwa kita yang kontang?

Doa, doa, doa, dan terus doa dengan ikhlas dan itqaan. Moga doa yang dipersembah dari hati bisa menggegar bumi, dianugerah kemenangan yang abadi.

Wallahua'lam.