Pages

Friday, September 14, 2012

Sang 'Abid Penghuni Neraka

Bismillahirrahmanirrahim....

Kisah sang 'Abid ini diceritakan oleh Ustaz Muhammad sewaktu mempelajari tafsir Surah an Nur di Mansourah..kebarangkalian masih ramai yang belum pernah mengetahui kisah sang 'Abid ini.. kerana selalunya kisah sang 'Abid yang ingin menebang pohon yang disembah manusia itu yang sering dikhabarkan. 

Ini kisah mengenai sang 'Abid juga...menariknya, melalui kisah ini..akan terlihat kehalusan langkah-langkah syaitan dalam membisikkan hasutan ke dada-dada manusia untuk menyesatkan keturunan Adam a.s.

Semoga mendapat 'ibrah daripada kisah yang dikongsikan.....! ^_^

**********
Sewaktu zaman sahabat, wujudnya seorang 'Abid yang sangat tekun beribadah pada Sang Khaliq...'Abid ini hidup berseorangan..dan kehidupannya saban hari hanya beribadah, beribadah, beribadah, dan beribadah...

'Abid ini sangat masyhur dengan akhlak dan peribadi mulianya. Ditakdirkan Allah, berlaku peristiwa yang telah mengubah peribadinya sebagai 'Abid.

Telah datang kepada sang 'Abid, empat pemuda yang akan berangkat ke medan jihad...maka, diminta kepada sang 'Abid untuk menjaga adik perempuan mereka yang turut datang bersama..

Si 'Abid pantas menolak hajat empat pemuda. Berkata sang 'Abid ; "Aku ini 'abid, tinggal bersendirian di rumahku..apakah mungkin seorang wanita tinggal bersamaku? Ohh, sungguh....sesekali tidak....maafkan aku. Aku tidak boleh membantumu wahai saudaraku."

Keempat-empat pemuda tetap tidak berputus asa..mereka mohon, mohon, dan terus memohon ; "Bantulah kami wahai 'Abid. Sesungguhnya kami tahu, engkau terkenal dengan pekerti baikmu..kami ini percayakan engkau."

Melihat 'Abid kesungguhan empat pemuda ; "Huhh, baiklah..akan ku jaga adikmu sehingga kalian pulang dari medan perang."

Mendengar persetujuan daripada sang 'Abid, keempat-empat pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan lantas berangkat ke medan perang dengan perasaan lega.

Walaupun 'Abid tinggal bersama seorang wanita, bukanlah bererti mereka tinggal sebumbung. 'Abid menjaga si adik perempuan kepada empat pemuda tersebut dari jarak jauh. Terdapat sebuah bilik di taman kawasan rumah si 'Abid..ya, di situlah wanita itu ditempatkan..diberi makan dan minum..juga kelengkapan.

Setiap hari, 'Abid mengetuk pintu bilik wanita tersebut dan meletakkan makanan di hadapan pintu tanpa mengucapkan sepatah kata. Begitulah caranya untuk menjaga dirinya sebagai seorang 'Abid.

[kredit]

Waktu berlalu....sang 'Abid seperti biasa, kerjanya hanya beribadah setiap masa.

Benar, 'Abid itu juga manusia yang diciptakan punya kekurangan. 'Abid itu juga makhluk yang mudah terpedaya dengan rancangan jahat si Pak Cik Syaitan.

Pak Cik - Pak Cik Syaitan telah mencapai kata sepakat untuk menghasut sang 'Abid...langkah demi langkah telah diambil untuk menyesatkan hamba Allah itu .

"Wahai 'Abid! mana mungkin engkau membiarkan wanita itu bersendirian? Engkau tidak pernah bertanya khabarnya..siapa tahu dia sedang merana kesakitan?"

Pak Cik Syaitan mula mengeluarkan helah.

'Abid menuju ke bilik wanita itu. Diketuk pintu bilik. Diletakkan makanan. 'Abid mula bertanya keadaan wanita tersebut. Hmm, ada jawapan dari dalam. 'Abid berlalu kembali ke rumahnya.

Yahooo! Misi pertama...berjaya! - Pak Cik Syaitan -

Langkah kedua untuk menyesatkan 'Abid diambil lagi.

"Wahai 'Abid! tergamak engkau membiarkan wanita itu makan berseorangan? Dia pasti sedih tiada teman bersamanya. Tahukah engkau hati seorang wanita?"

Lantas, 'Abid menuju ke bilik wanita itu. Diketuk pintu bilik. Dibawa makanan masuk ke dalam. Bertanya sang 'Abid khabar wanita itu lalu mereka makan bersama. Tanpa disedari, hubungan mereka bertambah 'mesra'.

Hoyeaaah! Misi kedua beressss! - Pak Cik Syaitan -

Hari berganti, begitulah keadaan berterusan...helah Pak Cik Syaitan sentiasa berhasil menggoda sang 'Abid..dan sang 'Abid terus-menerus mengikuti telunjuk si Pak Cik Syaitan.

Sehinggalah suatu hari, sang 'Abid telah melakukan zina dengan wanita tersebut...setelah beberapa lama, 'Abid mendapat tahu wanita itu hamil. 'Abid mula hilang arah ; "Bagaimana sekiranya abang-abangnya bertanya? Bagaimana seandainya semua orang tahu bahawa aku 'Abid telah berzina? Apa nasibku selepas ini?"

Pak Cik Syaitan mula memberi akal lalu berbisik kepada 'Abid ; "Wahai 'Abid! bunuh sahaja wanita itu! Tidak akan ada yang tahu mengenai hubungan engkau dan dia. Jika abang-abangnya bertanya, katakan sahaja dia bosan tinggal bersendirian dan melarikan diri. Engkau tidak tahu apa-apa mengenainya. Mudah bukan?"

Sang 'Abid mula bertindak mengikut 'saranan' Pak Cik Syaitan. Dibunuhnya wanita tersebut setelah hamil. Begitu juga dengan bayinya. Lalu ditanam kedua tubuh kaku itu ke dalam tanah di kawasan tamannya.

Setelah sekian lama jangka masa 'Abid menjaga si wanita, pulanglah keempat-empat pemuda dari medan perang. Mereka bergegas ke rumah sang 'Abid untuk membawa pulang adik tercinta. Namun, harapan mereka berkecai saat diberitahu berita palsu mengenai kehilangan adik mereka daripada sang 'Abid.

Rancangan si Pak Cik Syaitan tidak ternoktah di situ. Dengan izin Allah, Pak Cik Syaitan mendatangi mimpi empat pemuda dan menunjukkan kejadian sebenar yang telah berlaku kepada adik mereka. Itu adalah helah Pak Cik Syaitan untuk membuatkan manusia saling bermusuhan.

Dengan marah yang membuak, mereka ke rumah 'Abid lalu menggali kembali tanah di mana mayat adik tercinta dikebumikan seperti yang terlihat dalam mimpi mereka. Terlihatlah dua jasad tak bernyawa. Sedihnya pemuda-pemuda itu tak terkata. T_T T_T T_T T_T

[kredit]

Segalanya telah terbongkar angkara helah Pak Cik Syaitan yang hebat. Sang 'Abid bakal menjalani hukuman mati kerana membunuh.

'Abid masih tidak bertaubat. Dia ingin melarikan diri daripada masalah itu. Datanglah Pak Cik Syaitan yang kononnya mahu memberi pertolongan.

"Wahai 'Abid! Engkau ingin bebas daripada masalah ini bukan? Hanya satu cara yang boleh membebaskan engkau daripada segala masalah ini. Sujudlah engkau kepadaku, dan aku akan membebaskan engkau daripada semua kesulitan yang sedang engkau hadapi."

Sang 'Abid tidak memikirkan hal selain bebas dari semua masalah yang dihadapinya. 

Maka, bersujudlah sang 'Abid kepada Syaitonirrojim. Tipu daya Pak Cik Syaitan berjaya dengan sempurnanya sehingga nafas terakhir sang 'Abid derhaka dihembuskan. 'Abid dijatuhkan hukuman mati. Dan matilah sang 'Abid dalam keadaan kafir yang pada mulanya taat pada perintah Allah ~

"Sesungguhnya aku ini takutkan Allah Sang Pencipta Sekalian Alam." [Inni akhaafullaha Rabbal 'Alamin]
- Pak Cik Syaitan -

" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya dia [syaitan] menyuruh mengerjakan perkara keji dan mungkar. Jika bukan kerana kurnia dan rahmat Allah kepadamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu bersih [daripada perbuatan keji dan mungkar itu] selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. "

[ Surah an Nur : ayat 21 ]

**********

*Jangan menyangka yang bertudung labuh, berserban, berjubah itu suci murni hatinya daripada dosa...mereka juga manusia yang punya khilaf yang kita tak ketahui...silap besar juga seandainya kita beranggapan yang tak bertudung, tak menutup aurat itu tempatnya di neraka....sedangkan kita sendiri tak tahu bilakah saat bumi ini akan musnah serta seluruh isinya..ya, kedatangan qiamat itu..tahukah..?

Heaven or Hell..?? We choose. [kredit]

Adakah kita ini penghukum? Pantaskah kita ini menentukan tempat abadi manusia sedangkan kita......kita ini juga makhluk bergelar manusia...? Itu..sedikit tidak logik.

Hanya Allah, Sang Pencipta yang mengetahui hati hamba-hambaNya itu al Hakim...mungkin, ada manusia yang terlihat baik pada pandangan kita, namun sebaliknya bagi Allah..mungkin juga ada manusia yang terlihat buruk pada pandangan kita, namun baik pada pandangan Allah..kita ini bukan siapa-siapa...tetapi kita adalah HAMBA...

" Allah, tetapkanlah hati-hati ini di jalanMu. "

*Berwaspadalah wahai hamba Allah! Kita ini sentiasa menjadi 'target' si Pak Cik Syaitonirrojim!*

 'Abid = ahli ibadah.

Wallahua'lam...
May Allah bless :)

No comments: