Pages

Wednesday, June 29, 2016

Akan Tiba yang Terbaik

Dengan nama Allah, arRahman, arRahim.

Bagaimana dengan kabar Ramadhanmu?☺ Apakah lebih baik daripada tahun tahunmu yang lalu?

Dengan detik detik Ramadhan yang masih berbaki, alangkah beruntungnya andai kita masih terus berusaha mengejar sasaran taqwa. Moga nama kita benar benar dicatat Allah tergolong dalam kalangan muttaqiin saat Ramadhan tersenyum pergi setelah selesai tugasannya bagi tahun ini.

Mudah mudahan Allah mempermudahkan jalan kita, di sepanjang hari hari kita tanpa Ramadhan, enshaAllah.

****

Baik. Tamat sudah intro yang skema acah indon tu. Izinkan saya guna bahasa yang buat kita rasa macam tengah bersembang boleh? Penatlah skema sangat ni nak susun ayat pun penat hm. (Sorilah makcik ni banyak songeh. Kalau tak nak baca baik skip sekarang serious.)

Uhhu. Ya, saya sedang menanti kehadiran yang terbaik.
Jodoh? Ush, belum tiba masanya lagi tu haha. Apa pun, moga Allah benar benar rezekikan jodoh yang terbaik enshaAllah amiin.

Okay dah. Tetiba terkeluar pasal jodoh ni apasal. -,-

Tak sedar, nak dekat dua tahun dah asyik bertepek dekat ummi abi sejak dah tak jadi budak sekolah ni. Dah macam acah acah anak tunggal pulak puihh.

Bila dah habis otak disaratkan dengan segala benda tentang SPM, datang pulak..benda yang mengganggu ketenangan otak yang baru nak berehat uhhu.

Apa tu? Fikir nak sambung mana pulak. Ya, hidup memang begini~~ Target dan plan memang nak sambung luar Malaysia. Tak, bukan sebab universiti Malaysia tak hebat manade tak cakap pun ergh husnuzhon okay :'>

Sebab kalau belajar overseas akan dapat pengalaman baru..dan kalau boleh nak belajar bahasa baru..dan nak rasa lagi perasaan macam masa dekat Mesir dulu. Rindu sangat! Haha tapi ummi abi berat nak lepas, yelah dah lama bertepek mana tak susah nak lepas ehhe. Sebab tu memang nak sambung kat Malaysia jelah walaupun hati tak berapa nak, tapi bila ingat ridho Allah ada pada ridho ummi abi, hati jadi tenang, alhamdulillah.

Kalaulah masa boleh dihentikan dan dikebelakangkan. Kalaulah tahu lepas balik Malaysia dah tak dapat sambung Mesir balik. Kalaulah..kalaulah tahu..memang nak duduuuuk je Mesir tu sampai grad! Aaaaa ini semua angan! Tapi serious. Rindu Mesir sangaaaat lagi lagi time Ramadhan macam ni lagi teringat masa ber-Ramadhan kat sana dengan akhawat T-T

Heyyy! Istighfar istighfar, kalau kalau tu kan dari shaiton. Tak ingat? Yakinlah, susunan Allah selalu yang terbaik. Yeaaaa. Harus yakin! [semangatnya]

Entahlah. Dah usaha try apply banyak tempat ada je problemnya haha. Dan upu kat Malaysia pun, tak dapat sebab bila cek tetiba website upu tu problem dia kata budak ni tak pernah apply upu. I was like whuuuut? -,-

So memang tak dapatlah nak mencelah kat universiti Malaysia ni. Dan sekarang dah faham betul betul, rezeki Allah bukan berdasarkan banyaknya "A" yang dapat dalam SPM, tapi rezeki Allah adalah apa yang Dia dah takdirkan. Kalau Allah kata tempat budak ni bukan kat semua tempat yang di apply tu, maka bukanlah.

Tak tahu nak cakap cemana. Apa pun, memang rasa sangat Allah dah simpan hadiah nak kasi. Cuma, belum tiba masanya lagi. Allah nak didik hati supaya sabar mungkin. Dan Allah nak suruh terus bergantung harap cuma pada Dia dan bukan pada dunia atau pada manusia. Tapi, cuma pada Dia. Jom hati, terus husnuzhon dengan Allah!☺

Suwitnya Allah, membuat aku makin jatuh chinta :']

Setiap hari tak putus doa mintak Allah tempatkan dekat tempat yang terbaik, mungkin sebab tu, semua yang dah apply tu tak dapat. Mungkin silap pilih tempat kot? Uhhu.

Alhamdulillah, dengan lapang hati. Atas cadangan abi, dah buat keputusan untuk habiskan Quran dulu dan tangguh degree. Lepas habis Quran enshaAllah plan ambik STAM dan enshaAllah jugak, kalau masih berjodoh dengan Mesir, kaki akan bertepuk mesra dengan bumi Mesir kembali enshaAllah! Tengah survey tempat sekarang. Mohon yang sudi doakan, doakan ya! Moga Allah merahmati jasa baik kalian ☺☺☺

Teruslah. Berserah hati pada Allah, wahai diri.

Taqobbalallahuminna wa minkum.

Sekian dari aku, yang masih menanti keputusan Allah. 
***playing Let it Go -Maher Zain T-T