Pages

Monday, March 30, 2015

Trobek Ejip. Hati Kata Rindu?

Dengan nama Allah, arRahman, arRahim.

Hamdanlillah. Kurang lebih setahun setengah. Ruh dan jasad menjejak di bumi tanah tumpah air mata sejak bayi. Tipu kalau kata tak rindu. Tak rindu dengan biah solihah, liqo' usroh, MABIT, MADSOFF, KIM, semua momento bersama akhawaty fillah. Ahlibeyt dan RI. Kat sana Allah didik jiwa aku untuk lebih tabah, sabar dengan tarbiah yang hari hari tak henti dihadiahkan. Sejak pertama kali merasa angin sejuk winter saat menjejak keluar dari Cairo Airport. 

Benar kata mereka. Mula mula sampai sana. Kakak kakak ada kasi tau. Mesir ni kan. Mim-Sod-Ro. Jadinya, Musibah-Sabar-Ridho. Agak tak faham mulanya. Tapi bila dah ditarbiah dengan macam macam hal. Berdepan dengan pak arab dan mak cik arab yang tak pernah sangka pun wujud manusia spesis macam tu. Kalau yang baik mashaAllah terlampau baik sampai kita yang jadi segan. Kalau yang errmm sebaliknya tu mashaAllah jugakkkk. Homaiiii buat hati panas cuma tak hangus jelahh. Cukup disejukkan dengan istighfar sebab ingat Allah tengah uji waktu tu.

Kalau nak diceritakan kat sini tentang 'ibrah yang  dapat daripada Mesir tu, memang engkorang skrol and skip jelah nanti. Hm.

Pernah terfikir. Macam terlalu awal aku kenal dengan DnT. Dey eff. Sebab rasa tak mampu dengan kefahaman yang aku ada, dan umur waktu tu. Pegi dauroh pun masih blur. Yelah budak kecik (masa tulah) mana faham oiii istilah perkataan arab DnT. Bayangkanlah. Masa form 3 dah tersesat kat dauroh i'dad Murobbi! Allah. Allah je tahu, betapa kecik kerdilnya rasa waktu tu sebab Allah pilih untuk berada bersama mereka. Persediaan jadi murobbi kot. Gila tak rasa kecik, tak mampu? Masa tu Ust. Muhaimin yang jadi muwajjih. Apa yang beliau cakap, terangkan, tulis jelah dalam note. Walaupun tak berapa faham. Alhamdulillah ada kakak kakak yang tolong jelaskan. Berasap jugaklah otak waktu tu dua hari berturut dauroh. Alhamdulillah, walaupun tak total, lama lama dah boleh hadam dan cuba untuk praktik perlahan lahan. Bila fikir balik, alangkah beruntungnya aku, di usia muda saat itu, Allah mengenalkan aku dengan tarbiah. Aku juga akan ditanya, dengan apa yang aku dapatkan, takat mana aku menggunakannya untuk disumbang buat ummah? T-T

Dan bila duduk kat RI. Pastu berpindah dari satu rumah ke rumah yang lain. Diri banyak belajar tentang manusia. Manusia yang bermacam ragamnya tak sama. Manusia yang masing masing wajib ada lebih dan kurangnya. Dan merekalah, manusia manusia yang dihantar Allah untuk mengajar hati dan diri untuk terus kuat melalui kehadiran mereka. Nikmat ukhuwwah, tadhiyyah, berlapang dada, itsaar, fastabiqul khayrat yang menyatu dalam hati kerana Allah menjadikan kami bisa saling melengkapi antara satu dengan yang lainnya. Alhamdulillah.

Tengok kakak kakak ke sana ke sini tak berhenti carik 'objek da'wah'. Buat itu ini untuk tarik hati mad'u. Hari hari hidup mereka sibuk dimanfaatkan dengan study dan da'wah. Tak pernah berpisah dua benda tu. MashaAllah hanya Allah tahu, betapa aku kagum dan ingin menjadi sehebat mereka. Manusia yang banyak mengajar aku, cuma dengan qudwah walau tidak dengan kata kata. Manusia yang dapat aku rasa begitu akrab dan eratnya hubungannya dengan Allah. Sampaikan ada sorang ukhty ni, setiap kali solat. Wajib keluar air mata. MashaAllah. 

Ada jugak ukhty, yang memang manusia kalah dengan sifat itsaarnya. Memang beliaulah yang selalu mengatasi kami bila bab itsaar ni. Susah kot nak itsaar tau takkk?? Kadang kadang pernah rasa, saat bersama dengan mereka. Aku sedang bersama dengan bidadari duniya, bakal ahli syurga! Hinggakan terkadang aku menjelesi amal solih dan keikhlasan yang dipancarkan mereka. BismillahimashaAllah.

Manusia manusia itu juga mengajar aku. Agar tak berputus asa, lelah dalam menyebar dan menyampaikan risalah da'wah kerana Allah. Dengan apa cara sekalipun. Jadikan sebagai alat dan medium untuk mencapai matlamat yang sebenar. Hidup bukan cuma untuk diri sendiri, tapi juga buat dimanfaatkan bagi mereka yang disekeliling diri. Berjutaan manusia yang turut menghela nafas dalam udara yang sama, di bawah langit yang sama, melihat sinar matahari dan terang bulan yang sama. Walau di lain negara serata duniya, hakikatnya, kita saudara. Manfaatkan segala tenaga, idea, masa, harta dan apa sekali pun yang tersisa. Untuk da'wah. Kerana Allah. Dan menggalas tugas itu, bukan sebagai bebanan. Tapi sebagai amanah Allah buat manusia yang diiktiraf menjadi khalifah. Sungguh. Hati rindu dengan manusia manusia yang sentiasa berusaha mencelupkan diri dengan sibghatallah. Moga rabithah sentiasa mengikat hati hati kita, enshaAllah :']

Walau tak selamanya nikmat itu dirasai. Memori tetap selamanya di hati. Alhamdulillah atas nikmat tarbiah dan ukhuwwah. Alhamdulillah atas nikmat bisa bertemu dengan mereka. Alhamdulillah, 'ala kulli ni'mah!

DAFTAR KATA:

MABIT - Malam Bina Iman Taqwa.
MADSOFF - Madrasah Soifiyyah. 
KIM - Kelab Ikram Mesir.
Ahlibeyt - housemate.
RI -Rumah islam.
Tarbiah - didikan.
'Ibrah - pengajaran.
DnT - Da'wah and Tarbiah.
Dey eff - Da'wah fardiyah.
Tadhiyyah - pengorbanan.
Itsaar - mengutamakan orang lain.
Fastabiqul khayrat - berlumba melakukan kebaikan.


2 comments:

Anonymous said...

subhanallahimashaallah TT-TT
sungguh. indah sangat berukhuwwah keranaNya.
diri ini juga mengharapkannya =')

berkenalan dengan DnT di usia muda. sungguh. kamu beruntung.

moga terus thabat.

Anonymous said...

kenapa aku rasa dengki?
tak bisa jadi seperti kamu..
T^T

nak memahami tu payah, memahamkan tu lagi payah
sobss..

p/s: maaf, tumpang komen ;)