Pages

Tuesday, April 16, 2013

Kekasihku, menunggu.

Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap tahun, umur berlari menuju kearah ketua-an. Makin hari, terasa pertemuan dengan kekasih itu semakin hampir. Ya, kekasih itu tunangan saya. Bertunang dengannya sebelum bernafas di alam dunia. Kami akan bertemu suatu hari nanti.

Dia akan bertandang. Mengejut. Mahu buat kejutan barangkali. Tarikh, tempat kejadian..tak pernah diketahui. Hebatnya rahsia itu terpelihara.


[kredit]

Merasakan si ‘dia’ itu kekasih. Itu sebenarnya susah. Hati selalu rasa bagai tak mahu bertemu dengannya. Ingin berlari jauh. Bersembunyi. Walhal, dek kerana amal yang belum tentu cukup. Diri yang masih belum total mentaati ar Rahman. Malu. Malu bertemu dengan Sang Pencipta yang menghantar si 'kekasih' untuk menjemput diri kembali padaNya semula.

Mengembalikan ruh, jasad ini yang terasa bagai milik sendiri. Itu normal. Sedangkan tidak! Itu hanya mimpi semata.

Terkadang. Terbayang. 

Nak melintas jalan raya yang bertali arus dengan kenderaan. Tiba-tiba sebuah lori gedabak besar tayarnya menghimpit diri. Lalu jantung pencen dari berfungsi.

Gempa bumi. Diri dihimpap bangunan-bangunan gergasi. Lalu maut mendatangi.

Masuk kamar mandi. Tergelincir terlanggar baldi. Lalu tak bernafas lagi.

Tengah update belog. Rasa sesak tak bernafas. Lalu mati.

Pejam mata tidur atas tilam empuk. Tarik selimut tebal. Tak sedar. Mati sementara tiada lagi. Ruh terbang dari jasad.

Ya! Si dia akan datang menemui tak kira diri sedang berada dalam apa keadaan pun. Berharap moga saat dia mendatangi. Diri sedang mentaatiNya. Wahai Allah. Anugerahkan aku husnul khatimah! T_T


[kredit]
Everyone shall taste DEATH !

Setiap minggu. Bahkan terkadang hampir setiap hari. Telinga dikhabarkan dengan berita peninggalan. Ya. Dunia itu ditinggalkan oleh manusia setiap hari, detik, dan ketika.

Bayangkan. Selalunya. Kita mendengar berita kematian manusia. Tetapi akan datang satu masa. Manusia berbicara mengenai kematian kita. Waktu itu. Sama ada kebaikan atau amal keji kita yang akan disebut-sebut manusia..?

Ya. Selama ini kematian orang lain yang menyapa telinga. Nanti. Kita sendiri yang merasai kematian itu. Betapa seksa, peritnya saat ruh yang telah lama bersemadi dalam jasad. Terpaksa dipisahkan. Lalu, bagaimana keadaan kita waktu itu..? Wahai Allah. Permudahkan pengakhiran hidup kami menemuiMu. T_T

Dua hari lalu. Pertemuan bulatan gembira gabungan di Hadiqah Azhar. Kami baru nak hepi hepi bergaya nak ambik gambar. Tengah-tengah hepi tu. Bunyi kereta berseret terdengar. Ada perempuan teriak kuat. Kedua anak mata kecil menyaksikan dua kenderaan berderet berlanggar sesama mereka. Bunyi teriakan berulang. Sekali lagi.

Manusia yang berada di hadapan pintu Hadiqah Azhar berlari ke arah seberang jalan [tempat kejadian berlaku]. Seperti biasa, pak arab berkerumun ramai-ramai. Mula berantam. Berperang mulut. Masing-masing membela diri. Mungkin. Tak lama. Ambulans sampai.

Waktu itu. Cuak. Jantung bagai nak gugur. Terketar. Mata terasa berkaca. Bagaimana seandainya. Aku yang berada di posisi kemalangan itu? Allah. Allah. Ya. Allah memang nak tunjuk sesuatu pada aku. Ya. Itu peringatan dari Allah buat aku yang terkadang terleka. T_T

Lepas tu. Kami dah tak ada hati lagi nak bergambar segala bagai. Tahan tremco [mini bus]. Pegi mahattah   [perhentian] bas. Naik bas. Balik. Terus.

Hakikatnya. Setiap kali jarum tangan jam bergerak perlahan. Setiap jam yang berlalu. Setiap hari yang berganti. Setiap tahun yang menaik angkanya. Setiap kali itulah. Pertemuan dengan si kekasih semakin dekat.

Hati selalu merasakan ada 'makhluk' yang sedang mengintai. Malakul maut. Sentiasa menunggu bila tugasannya akan dilaksanakan. Mulalah kita berdoa Allah memanjangkan umur. Sedangkan. Bila makin berpanjangan tempoh hayat kita di dunia. Semakin meninggi gununglah jenayah dosa yang kita lakukan..betul..?

Ya. Mati itu tak pernah berhenti mengejar manusia. Walau kau lelah berlari jauh, dia tetap lebih pantas mendapatkanmu! 

" Dan setiap ummat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun. "

[ al A'raaf : 34 ]

Wahai Allah. Aku ini...ingin menemuiMu tersenyum ceria. Aku ingin berlari pantas ke syurga. Tak mahu merangkak terseksa ke sana. Dengarkan kata hati ini. Wahai Rabb yang Maha Hebat kekuasaannya. 

Moga Allah menganugerahkan saya, anda, dan kita. Pengakhiran hidup yang baik. Semoga kita berjiran di syurga. biiznillah.

" Sebenarnya, kita takut mati atau takutkan balasan Allah bagi dosa yang kita lakukan..? "
[Ust Muhaimin]

Wahai diri. Bernafaslah di dunia dalam beriman kepada Allah sentiasa. Agar saat tibanya kekasih. Nafas dihembus tika diri masih beriman. Persiapkan amal sebaiknya di dunia. Buat dipersembahkan ketika menemui Sang Pencipta.

Wallahua'lam.

No comments: