Pages

Monday, April 1, 2013

Kerana Apa Aku Berjuang?

Bismillahirrahmanirrahim.

"Nanti, pegi Mesir. Tanak lah buat dakwah. Susahlah. Untuk apa buat semua tu? Nak belajar je. Takyah pusingpusing nak fikir pasal dakwah semua ni."

Teringat. Kata itu terpacul dua tahun yang lalu. Ketika masih berumur empatbelas tahun. Huhh. Fikiran kebudak budakan. Masih belum matang barangkali. Huish. Bajet macam sekarang matang sangat. (-_-)

Waktu itu, bagi saya, dakwah itu membebankan juga membosankan. Seru orang buat baik segala bagai. Macam apa yang dibicarakan pak ustat, lebai berserban juga ustajah yang bertudung labuh seperti dalam kaca televisyen bagaikan magika itu. 

Mahupun kuliyah-kuliyah yang bergema dari corong pembesar suara di surau kampung atau masjid yang terbina gah yang kebiasaannya pendengar adalah sejumlah besar daripada golongan pak cik, mak cik, atuk, nenek. Anak muda juga. Mungkin. Namun, tipis sekali harapan itu.

Tuptup. Allah telah campakkan diri ini ke bumi tarbiyyah. Bumi yang memberi sejuta makna. Seinfiniti didikan untuk membina diri.

Tanpa sedar, perlahan-lahan diri memahami bahawa dakwah itu sunnah terbesar Rasulullah. Huhh. Baruku tahu. Baru ku mengerti saat itu. T_T

Terimakasih Allah. Terimakasih kerana telah menyedarkan diri ini dari terus melangkah jauh mengharungi kehidupan berpimpin tangan bersama si jahiliyyah itu.

Bila duduk, makan, tidur, berkongsi cerita, curhat...bersama akhawat. Merasakan ada kelainan yang tak dapat diungkapkan. Kehangatan berada dalam dakapan ukhuwwah membuatkan diri terasa kehadiran ini dihargai. Selalu. Walaupun dikategorikan sebagai 'akhawat junior'.

Ukhuwwah itu membatasi segala. Tak kira usia mahupun rupa. Kita adalah sama. Kerana kita manusia. Kita keluarga. Keluarga berlandaskan ikatan ukhuwwah dalam aqidah. Ukhuwwah yang dibina dengan kasih sayang. Kasih sayang kerana Allah.

Terkadang, pintu hati dan akal diketuk kuat. Diserang persoalan persoalan yang membuat diri terdiam berfikir.

Rasa tak syok. Tak puas. Tak gembira. Bila hanya tersenyum melihat kakak kakak berhammasah dengan kerja tarbiyyah dan dakwah. Sedangkan diri? Huhh. Walau tak hebat berhujah di hadapan, tetap! Menggali logam diri. Ingin juga berbakti pada ummah ini.

Selalu juga. Merasakan itu tugasan berat. Budak kecik nak buat? Mampukah? Mungkinkah? Namun, terdetik. Jika Allah bersama, enshaAllah segalanya mungkin! :')

Ya! Saya mahu jadi anak kecil yang berjiwa gedek! Yosh, yosh!

Lalu, kerana apa aku berjuang?
Mengapa aku perlu berjuang?

Kerana....cintaku pada al Khaliq. Cintaku pada Rasulullah juga mereka yang terlebih dahulu melalui jalan ini dengan susah payah. Jalan yang dipilih Allah untuk aku melaluinya. Ya! Aku ingin menjadi golongan penerus. Penerus risalah agung. Bercita ingin mengembalikan keizzahan islam itu pada tempatnya. Bukan diinjak hina! Walau arus dunia yang tak henti menggoda, juga tribulasi menggoncang, mohon Allah menetapkan hati, iman, jiwa dan diri.

[kredit]

"Ini. Inilah medan kita. Nak hadapi benda realiti. Realiti keadaan dunia." [Ukhty NR]

Huhh. Medan? Terasa berat. Bahu bagaikan senget sebelah. Apa, apa jasaku buat ummah? Apa yang akan aku persembahkan pada Sang Pencipta di hari kebangkitan kelak? Air mata mula membasahi seluruh jiwa. Tak terzahir pada pandangan manusia. Sembunyi. Sembunyikan tangisan daripada didengari manusia. Biarlah hanya Zat Agung yang mendengar, memahami tangisan batin ini.

Wallahua'lam.

No comments: