Pages

Tuesday, January 8, 2013

Indahnya Tarbiyah Allah

Bismillahirrahmanirrahim..



Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah. Alhamdulillah, diri ini masih berada dalam nikmat iman dan islam.

Hampir 11 bulan sudah berpijak di bumi tarbiyah ini. Sungguh, tak terkata syukurnya kerana dipilih untuk berada di sini. Ya, pemilihan itu daripada Allah :)

Setiap hari yang dilalui di sini...dirasakan itu adalah 'tarbiyah' dan anugerah daripada Allah. Di sinilah, bermulanya langkah baruku. Bertekad, meninggalkan jahiliyyah, yang dulunya menjadi 'teman setia'.
Kini, ghayahku hanya satu. Ya, Allah itu matlamatku.

Moga kesedaran ini selamanya. Tak ingin hidup bagai 'robot' yang dicipta tanpa tujuan.  Hidup ini bukan untuk berseronok. Bukan juga untuk menikmati zinah dunia. Tapi, hidup ini adalah untuk menjadi 'abid dan khalifah pada Sang Khaliq, Allah yang mencipta.

Masa. Ku ingin berjalan pantas melewatimu.
  
Ya, Saya ini baru bertatih. Baru melangkah ke satu dunia yang baru. Ya, dunia yang tak pernah saya jejaki sebelum ini. Dulu, saya hanya berada di dunia 'fantasi'..dunia imaginasi rekaan sendiri. Allah, seinfiniti syukurku padaMu! Terima kasih kerana telah mengetuk pintu hati seorang hamba ini! Tetapkan hati ini. Luruskan niat ini. Kukuhkan langkah ini. Moga Engkau meredhai setiap langkahku di dunia baru,realiti kehidupanku kini.

Biarlah...di dunia ini, kita menahan segala nafsu yang setiasa ingin memegang watak 'raja' itu. Kerana pasti, Allah akan mengganjari pengorbanan kita yang sedikit ini dengan nikmat yang mungkin tak pernah kita sangkakan di sana.kelak.

[kredit]

Benar, dalam hidup ini perlukan tadhiyah. Berkorbanlah demi kenikmatan hidup di alam setelah dunia. Kemanisan pengorbanan itu hanya akan dirasai sekiranya kita rela untuk berkorban liLLah.

Terkadang pasti ada juga perasaan futur itu melanda...tapi, kita harus kuat..! Bertahanlah dengan mendekatkan diri padaNya..Bukalah al Quran itu, jangan dibiarkan berhabuk tak disentuh. Bacalah ayat-ayat cinta dari Sang Khaliq yang mencipta, pasti hati akan kembali tenang...ohh,,,indahnya perasaan itu!

" Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu Muhammad tentang Aku, katakanlah, sesungguhya Aku dekat..."

[Al Baqarah : 186]


 Di sini...saya belajar semua.

Tarbiyah.
Bulatan Gembira yang osem.
Akhawat.

Indahnya hidup dalam biah solehah. Bahagianya menjalani hari-hari bersama akhawaty fillah. Rindu melanda andai lama tak bersua. Itulah kemanisan ukhuwwah yang dirasai ^_^

Ukhuwwah fiLLah <3

Ya, besar sungguh jasa tarbiyah ini. Impaknya bisa mengubah seseorang. Daripada kurang baik mejadi baik,, daripada baik menjadi bertambah baik. Biiznillah. Tapi, segalanya terpulang pada diri sendiri. Nak jadi baik atau tak..bukan?

 Okeyh.
Akhawat.
Mereka adalah makhluk bernama manusia..
saya? juga manusia.

Dalam hidup ini, kita belajar mengenal manusia. Allah mencipta manusia itu masing-masing mempunyai sifat unik.tersendiri. Setiap manusia itu fitrahnya punya kelebihan dan kelemahan. Maka, melihatlah dengan mata kaca tarbiyah wahai jiwa-jiwa yang mengerti..~

Ada di antara mereka yang hebat mengeluarkan kata sehingga hati-hati yang mendengar terasa basah..terus ditransfer masuk ke hati..subhanallah. hadza min fadhli Rabbi. Semoga mereka ini juga haybat pada pandangan Allah :)

Ya, masing-masing punya anugerah yang dikurniakan Allah. Menyelami potensi diri untuk meneruskan sunnah terbesar Rasulullah sebagai alat menuju matlamat. Semuanya terpulang pada diri sendiri..bagaimana nak menggunakan anugerah Allah itu dengan sebaik-baiknya.

Allah, tunjukkan aku jalan lurusMu!

Harap tak tertapis dari jalan ini. Moga tetap teguh berdiri tak tergoyah. Moga terus kuat tak tergelincir dari landasan dakwah yang panjang dan berliku ini.

Semoga, semoga, dan semoga Allah meredhai setiap langkah kita. Bahkan setiap kali nafas dihela. Berada dalam rahmat dan kasih sayangNya :)

Wallahua'lam.

No comments: