Pages

Wednesday, July 31, 2013

Terbangnya Aku Bersama Syuhada'.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hamdanlillah. Jasad dan ruh selamat mendarat di tanah Malaysia. Setelah setahun tiga bulan. Alhamdulillah. Akhernya! Eksaited pulak tengok pakcik makcik melayu. Banglasia juga tak terkecuali. Lamwaulam.

Perasaan yang mula-mula mengetuk. Tenang. Itu yang dirindui sejak berada bumi lain. Ya. Misr bilaady thaaniyah. Bumi itu. Juga aku rindu. Bi'ahnya, Ramadhannya. Segalanya!

[kredit]
Allahumma sallim Misr!

Sebelum kembali terbang. Agak cuak. Setiap kali ada yang bertanya. "Balik Malaysia kan?" Wajib. Diakhiri dengan enshaAllah. Ya. Hanya dengan izin Dia, dapat kembali terbang. Alhamdulillah.

Terimakasih Allah. Mengizinkan diri sempat merasai Ramadhan buat kedua kali di Mesir. Biarpun hanya seminggu. Nikmat itu sungguh, sungguh, sungguh aku syukuri.

Sendiri merasai angin dingin di hari tragedi 'subuh berdarah'. Tenang, tenang, tenang. Setenang ruh yang berlari menghadap ilahi. Musim panas kali ini. Ajaib. Terik matahari kurang bahang dibandingkan tahun lepas. Angin sejuuukkk, mendung matahari yang dilindungi awanan. Hadza min fadhly Rabbi.

Terlalu banyak 'ibrah yang Allah anugerahkan pada diri sepanjang setahun tiga bulan berada di bumi berkah itu. Tapi, paling terkesan di hati. Tigapuluh haribulan enam dua kosong satu tiga. Bermula thaurah terbesar dunia. Tarikh yang menjadi sejarah. Buat dunia dan seisinya.

Mereka. Sang jundullah di medan Rabiatul Adawiyyah. Siang mereka. Malam mereka. Hammasah mereka. Tadhiyyah mereka. Solat mereka. Amal mereka. Sungguh. Aku kagum!

Matlamat mereka hanya Allah dan syurga. Tiada yang lainnya. Mereka tak gentar dengan peluru-peluru ciptaan makhluk yang menembusi jasad manusia. Takut mereka hanya pada Allah. Tuhan yang mencipta.

Syahid itu mereka impikan. Syurga mereka dambakan. Redha Allah menjadi sasaran. Allahumma thabbit aqdaamahum!

Merasai. Perbezaan Ramadhan tahun lepas dan kali ini. Ramadhan lepas. Sangat, sangat nikmat! Terawih di masjid sekitar Madinah Nasr. Juga iktikaf. Termasuk masjid Rabiatul Adawiyyah. Waktu itu. Mesir punya presiden baru setelah kejatuhan zaman pemerintahan Husni Mubarak yang dipilih melalui sistem demokrasi. Ya. Presiden haybat yang mana dunia mengagumi beliau. Dr Muhammad Mursy. Allah yahfazuka ya Raes alAmeen.

[kredit]
Huriyyah. Satarji'. EnshaAllah.

Tak sangka. Tempoh huriyyah [bebas] Mesir hanya sependek jangka ini. Allahu a'lam. Sungguh. Allah itu lebih tahu. Dia punya perancangan jauh lebih hebat!

Mungkin. Dibiarkan musuh-musuh beriang gembira dengan kemenangan juga keseronokan dunia yang palsu itu. Membunuh, menindas mereka yang menegakkan al haq. Kerana hati mereka buta. Telah Allah campakkan jauh iman juga perasaan gentar pada Sang Pencipta dari hati-hati mereka. Sehingga menjadi makhluk yang benar-benar dilaknat penghuni dunia juga penghuni di langit!

Barangkali. Allah nak tengok sejauh mana kuatnya kerja kita berusaha menjadi sayap mereka. Sejauh mana ikhlasnya hati-hati kita bersama menyokong mereka yang inginkan al haq kembali ke posisi. 

Ya. Mesir itu. Memegang posisi penting buat menjayakan misi pembebasan al Quds. Bebasnya Falasthin, Suuriyya dari dakapan musuh-musuh yang membinasa.

Yakin. Saat ini. Apa yang terjadi di bumi simbahan darah syuhada' itu. Adalah proses menaiki tangga membina kembali khilafah islamiyyah.

Menaiki tangga untuk sampai ke kemuncak itu tak mudah. Pasti ada termengah-mengah juga penat lelah. Membutuh perjuangan juga pengorbanan. Islam pasti kembali 'izzah. Al haq pasti kembali menyerlah. Membangkit. Jiwa-jiwa baru buat ummah. Sinar yang tak akan lenyap. Selamanya.

Tanamkan sedalamnya thiqah billah itu. "Inna nasrallahi qariib."

Wajib. Hati sakit, hancur, berkecai, lalu terbang ditiup sang angin. Bilamana melihat foto-foto mereka yang gugur di medan juang. Anggota mereka. Penuh dengan lubang peluru yang menembusi jasad. Kepala mereka dengan mudah ditembak bagaikan permainan. Nyawa dijadikan hiburan. Membunuh tanpa punya belas dan ihsan!

Namun. Hakikatnya, mereka beriang gembira di alam setelah dunia, di sisi Dia. Darah harum menjadi wangian. Saksi gugurnya mereka fi sabiilillah. Maka, beruntunglah. Mereka adalah rijal yang membenarkan janji ilah. Allahu akbar.

"Wa laa taquuluu li man yuqtalu fii sabiilillahi amwaat..bal ahya' walaakin laa tasy'uruun."

[2 : 154]

Benarlah. Ramadhan ini pintu syurga itu dibuka seluasnya. Menyambut gembira penghuni baru tersenyum ceria.

Hari-hari.
Terus, terus, dan terus.
Sang syahid berganti.
Diangkat tinggi oleh ilahi.
Mengisi syurga yang menanti.
Bergembiralah hai penghuni syurga yang kami jelesi.

Terbangnya aku kembali. Tak akan dipersia. Mungkin, perjuangan dan pengorbanan diri tak sehebat mereka. Aku juga punya cita. Ingin berkerja keras di medan yang telah Allah pilih untuk aku melaluinya. Moga Allah sentiasa redha akan usaha kecil ini. Sampai ketemu di syurga, saudara seaqidah yang aku cinta, kerana Dia. Biiznillah.

Misr. Darah sang syuhada'.
Menyubur tanah berkah.
Menyubur langkah dakwah.
Menyubur iman di dada mukminin.
Adakah, turut menyubur jiwa-jiwa kita yang kontang?

Doa, doa, doa, dan terus doa dengan ikhlas dan itqaan. Moga doa yang dipersembah dari hati bisa menggegar bumi, dianugerah kemenangan yang abadi.

Wallahua'lam.

No comments: