Pages

Friday, August 30, 2013

Bumi Ini Belum Merdeka. Bumi Ini Masih Aman.

Dengan nama Allah, ar Rahman, ar Rahim.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tak tertulis betapa besarnya kesyukuran pada ilah. Ya. Syukur itu infiniti.

Setelah satu bulan setengah bertapa di bumi sendiri yang mana kurang duapuluh empat jam lagi seluruh manusia warganegara Malaysia bakal menyambut kedatangan hari kemerdekaan buat limapuluh enam tahun sudah.

Dan saya? Still tak rasa apa-apa. Hmm. Payah. Merdeka. Merdeka. Sedih. Nak menangis jerit kuat-kuat. Emo sungguh. 

Ya. Kemerdekaan selama limapuluh enam tahun ini. Bukan. Bukan kemerdekaan bagi diri. Bukan. Bukan kemerdekaan bagi bumi ini. Masih. Belum.

[kredit] Hubbu al wathan. Aku cinta Malaysia !




Memang sejak keluar dari perut sang ibu. Diri mengetahui. Bahawasanya, setiap tahun, negara ini akan menyambut meriah kedatangan "tanggal tigapuluh satu Ogos". Kalian juga. Mungkin.

Lalu, adakah saya, mengingkari sejarah? Atau, sejarah itu tersalah?

Lamwaulam. Saya bukan sejarawan mahupun golongan bijak pandai kata manusia. Benar. Memang pada kaca mata sebagai rakyat Malaysia yang marhaen, Malaysia tanah melayu ini sudah merdeka dari penjajah.

Tetapi. Bagaimana pula pada kaca mata sebagai muslim dan mukmin? Adakah, bumi ini benar-benar. Sudah, merdeka? 

Maaf. Buat kalian sedikit pusing dengan kekeliruan ini. Ehehe.

Sejak nak dekat dua bulan sampai Malaysia, dan sebelum sampai lagi, apa yang sering dibanggakan di Fesbuk dan Tuwiter.

''Malaysia masih aman.''

Ohh. Memang wajib ada 'masih' ehh? Tak tahu, itu benar-benar suatu kebanggaan atau ke-perlian.

Belum sampai beberapa purnama bertapa di bumi ini. Baaanyak kasus (kes) yang membuat diri rasa tak nak terbang balik sini dah. Keseraman melanda. Mana taknya.

Guru ditembak.
Guru ditembak.
Guru ditembak.
Manusia ditembak.
Kerani sekolah adik kepada pakcik polis dibom.
[berkait sekolah? ehh, ehh, budak sekolah ke penjenayah?]
Budak hilang kena bakar.
Remaja hilang kena kerat-kerat.
Ayah sembelih anak.
Manusia sembelih manusia.
Mayat bersepah di mana-mana.

Ohh! Tak sanggup nak cakap. Ma lay sia  ma sih  a man.

"Tanggal tigapuluh satu. Bulan lapan limapuluh tujuh. Merdeka. Merdeka."

Bunuh, bakar, letup, dadah, arak, seks, campak buang baby comel, jual beli manusia, hiburan keterlaluan, obses dunia. Dan blabla, selebihnya, kalian lebih tahu.

Capai. Capai kaca matamu, hai muslim, hai mukmin! Benarkah, kemerdekaan sebegini yang kau impikan?

Sadis.

Lalu, di tahap mana usaha kita sebagai muslim dan mukmin untuk mencapai kemerdekaan yang sebenar-benarnya? Bagaimana amal kita tanda ingin mendakap kemerdekaan yang sejati lagi suci? Muhasabah kembali.

Kita masih dijajah. Cuma bukan pada zahirnya. Namun lebih merbahaya. Fikiran kita sedang diserang saat ini. Fikiran ummah ini sedang dijajah! Musuh datang menyerang, kita selamba menyapa riang? Sampaikanlah. Khabar gembira bagi sang musuh.

Okeyh. Sila capai Quran yang sudah 'lonyeng' dek kerana kamu yang kuat menghafaz dan mentadabbur itu. Ohok-ohok. Buka surah kedua, ayat tigapuluh, juga surah ke-limapuluh satu, ayat limapuluh enam, dan tadabbur sampai faham betul-betul faham. Tak sampai seminit pun. Pastu baru dibenarkan untuk meneruskan bacaan tulisan saya ini. Ececeh. Bajet. Bajet.

Haa, sudah? Ke, main skip ni? Terserah.

So, apa peranan kita? Ini serius.

'Abid. Khalifah. Kalau bukan kita yang memimpin dunia. Siapa lagi?

Lalu, bagaimana nak mencapai sebenar-benar kemerdekaan?

Tajarrud! Membersihkan dan membebaskan diri dari segala ikatan selain ikatan Allah. Menjadi sibghatallah yang sebenar-benar. [2 : 138]

Henshin! Berubah. Perbaiki. Perbaiki diri kita yang tak berapa nak taat perintah Allah ni. T_T

Jadi muslim yang benar-benar muslim. Mukmin yang benar-benar mukmin. Tak mudah. Tapi worth to try. Yang penting usaha. Yosh, yosh!

"Islah nafsak wa ud'uu ghayrak."
Perbaiki dirimu, dalam masa yang sama, serulah manusia lain.

Moga bermula dari sekecil-kecil usaha sang individu muslim kemudian sehingga berkembang ke ustaziatul alam bisa membina kemerdekaan sejati lagi suci yang menjadi impian saya, kamu, dan kita. Kemerdekaan yang diredhai Dia. Biiznillah.


[kredit] Moga Allah redha akan usaha para pejuang negara!

Selamat menyambut hari kemerdekaan dengan jiwa muslim dan mukmin yang benar-benar sudah merdeka! :D

Wallahua'lam.

1 comment:

Anonymous said...

Moga kita menjadi sebenar-benar muslim & mukmin yang dirahmati Allah - Miza Farzana -